Nur

PU Salman Jelas Dakwaan Baju Raya Warna Brick Orange (Jingga) Haram Dipakai

1
SHARES
BAJU RAYA BRICK ORANGE

Baru-baru ini tular mengenai satu hantaran yang dilakukan oleh pengguna media sosial. Posting itu dia memberitahu bahawa baju raya brick orange (jingga) merupakan warna perlu dielakkan atas beberapa sebab tertentu.

Antara sebabnya adalah warna tersebut dikatakan tidak disukai oleh Nabi Muhammad SAW. Perkara ini sudah tentunya membuatkan umat Islam risau dan khuatir jika memakainya pada hari raya.

Baca juga: Hukum Wanita Solat Tapi Terdedah Bahagian Kaki, Sah Atau Sebaliknya?

HARAM PAKAI BAJU RAYA BRICK ORANGE? INI PENJELASANNYA

BAJU RAYA BRICK ORANGE

Bagi memastikan tiada sebarang kekeliruan berlaku, PU Salman tampil memberi kenyataan mengenai dakwaan wanita tersebut. Jelasnya ini merupakan salah faham dan tidak betul.

Imam Nawawi menyebut:

يجوز لبس الثوب الأبيض والأحمر والأصفر والأخضر والمخطط وغيرها من ألوان الثياب ، ولا خلاف في هذا ، ولا كراهة في شيء منه

Harus pakai baju warna putih, merah, kuning, hijau , berbelang-belang dan warna apa Sahaja. Tiada khilaf dan tiada makruh. (majmuk).

Menurutnya, Mazhab Syafie melarang orang lelaki memakai baju yang dicelup ke dalam safron dan safflower.

Imam Ibnu Hajar berkata:

ويجوز لبس الثوب المصبوغ بأي لون كان إلا المزعفر ….وكذا المعصفر

Harus pakai warna apa sahaja kecuali kain yang diwarna dengan safron dan safflower.

Kesimpulannya, jika warna baju jingga itu tidak dicelup dengan safron, maka tidak menjadi masalah untuk dipakai baik lelaki atau wanita.

Menjadi masalah dan haram dipakai oleh lelaki jika warna baju tersebut dicelup ke dalam bahan asli dan bukan tiruan.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: “Jangan Memandai” – Ustaz Azhar Idrus Jelas Hukum Anak Bayar Zakat Fitrah Ibu Bapa

Sumber: TikTok PU Salman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×