Berbicara mengenai aurat wanita, masih ramai lagi terlepas pandang dan tidak tahu mengenai hukum sekiranya sembahyang nampak kaki.
Jadi, bagi memastikan anda tidak mengambil ringan perkara ini, penulis kongsikan penjelasan lanjut mengenai topik ini di bawah.
Baca juga: “Jangan Memandai” – Ustaz Azhar Idrus Jelas Hukum Anak Bayar Zakat Fitrah Ibu Bapa
HUKUM SEMBAHYANG NAMPAK KAKI BAGI ORANG PEREMPUAN
Secara umumnya, terdapat dua pendapat mengenai hal ini iaitu:
1. Kaki wanita adalah aurat
Ini adalah pendapat jumhur para ulama dari mazhab Maliki, Syafi’e dan ianya juga adalah pendapat mazhab Hanbali.
2. Kaki wanita bukan aurat
Ini adalah pendapat muktamad dari kalangan mazhab Hanafi dan ianya juga adalah pendapat al-Imam al-Muzani dari mazhab Syafi’e dan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah.
Pandangan jumhur yang mengatakan bahawa kaki wanita itu adalah aurat berdasarkan sebuah hadis riwayat Umm Salamah R.Anha yang mana pernah bertanyakan kepada Rasulullah SAW:
أَتُصَلِّي الْمَرْأَةُ فِي دِرْعٍ وَخِمَارٍ لَيْسَ عَلَيْهَا إِزَارٌ قَالَ إِذَا كَانَ الدِّرْعُ سَابِغًا يُغَطِّي ظُهُورَ قَدَمَيْهَا
Maksudnya: Adakah boleh seorang perempuan itu solat dengan memakai baju dan tutup kepala tanpa memakai izar (kain yang dipakai di bahagian bawah badan). Jawab Nabi SAW: “Boleh, sekiranya baju itu labuh menutupi zahir kedua kaki”. Riwayat Abu Daud (640)
Ini bermakna tidak sah solat sekiranya ada bahagian badan terdedah melainkan pakaian labuh dan besar sehingga menutupi zahir kedua kaki atau memakai sarung kaki.
Sekiranya anda terlihat seorang wanita solat tanpa memakai sarung kaki dan terdedah, boleh jadi dia tidak tahu mengenai perkara ini. Jadi, tegur dan tanya dengan cara yang betul agar tidak meninggalkan persepsi negatif.
Semoga artikel ini memberi manfaat buat semua pembaca.
Baca juga: 13 Sebab Mandi Wajib Tidak Sah & TERBATAL, Sia-Sia Kalau Buat Macam Ini…