Menerusi sebuah video di media sosial, penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus ada menjelaskan mengenai hukum anak bayar zakat fitrah untuk ibu bapa yang masih hidup.
Jelasnya, soalan yang diberikan oleh individu tersebut sangat bernas kerana masih ramai lagi dalam kalangan kita yang tidak tahu hukumnya.
Baca juga: 13 Sebab Mandi Wajib Tidak Sah & TERBATAL, Sia-Sia Kalau Buat Macam Ini…
BOLEH KE ANAK BAYAR ZAKAT FITRAH UNTUK IBU BAPA?
Soalan: Adakah boleh anak bayar zakat fitrah mak ayah?
Video berdurasi kurang 2 minit itu, beliau menjelaskan bahawa si anak tidak boleh sewenang-wenangnya ingin membayar zakat fitrah ibu ayah yang masih hidup.
“Jawapannya tak boleh. Jangan memandai-mandai. Orang yang ada kesenangan, orang yang wajib bayar sendiri, tak boleh orang lain tolong bayarkan. Melainkan minta izin,” ujarnya.
Contoh situasi adalah, si anak perlu meminta izin ibu ayahnya terlebih dahulu jika ingin membayar zakat fitrah mereka. Keizinan kedua-dua pihak sangat penting dan perlu diambil kira.
Contoh situasi lain adalah sekiranya isteri ingin membayar zakat suami, dia perlu meminta izin terlebih dahulu. Tanpa keizinan, pembayaran zakat tersebut boleh dianggap tidak sah.
Sekiranya seseorang itu wajib membayar zakat ke atas seseorang, dia tidak perlu meminta izin dan pembayaran tersebut dikira sah.
BILA WAKTU MENUNAIKAN ZAKAT FITRAH?
Waktu wajib – Apabila terbenam matahari akhir Ramadan sehingga terbit matahari satu Syawal.
Waktu afdal – Sebelum sembahyang hari raya.
Waktu sunat – Sepanjang bulan Ramadan.
Waktu makruh – Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal.
Waktu haram – Selepas terbenam matahari satu Syawal.
VIDEO PENUH:
@zack.d5 boleh ke kita byar zakat fitrah untuk org tua kita… #zakatfitrah #kuliahzohor #tazkirah #ustat #uai
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Dah Niat Puasa Sebulan Tapi Datang Haid, Niat Kena Baca Semula Atau Masih Sah…
Sumber: TikTok ZackD & Ustaz Azhar Idrus