Suami Isteri

Group Facebook ‘Suami Isteri Terabai 2.0’ Makin Merisaukan, Luahan Dalam ‘Kain’ Pun Ada!

9
SHARES
SUAMI ISTERI TERABAI

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai satu group di Facebook yang diberi nama sebagai ‘suami isteri terabai 2.0’. Grup tersebut sehingga kini mendapat 110k ahli dari seluruh Malaysia. Pelbagai perkongsian dan luahan ditulis di dalam grup tersebut untuk dijadikan tempat luahan perasaan.

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Tips Tahan Lama Ketika Bersama, Cik Abang Jangan Cepat ‘Menyerah’

‘GROUP SUAMI ISTERI TERABAI’ DI FACEBOOK MENJADI-JADI

SUAMI ISTERI TERABAI

Masing-masing meluahkan cerita rumah tangga mereka tanpa mendedahkan identiti sendiri. Luahan tersebut rata-rata daripada suami isteri dan ia sudah tentunya merisaukan.

Antaranya adalah:

“Saya sebahagian daripada kaum lelaki yang terabai. Berusia 31 tahun menetap di sekitar Kuala Lumpur.. misi mencari kaum wanita terabai, agar kita boleh terabai bersama.”

“Dah Lama rasa terabai. Lama-lama macam ni boleh jadi curang ni. Jom curang sama-sama jom.”

“Dah 6 bulan tak bersama, dah rasa tak bernafsu dekat wife sendiri..huhuhu.”

Lebih mengejutkan apabila posting di dalam grup tersebut bukan hanya luahan daripada lelaki, malah kaum wanita yang terdiri daripada isteri, janda atau bujang turut sama naik.

SUAMI ISTERI TERABAI

Selain meluahkan sesuatu yang ‘jijik’ dan tidak sesuai dibaca, ada juga yang mengambil peluang bercerita mengenai isteri tidak mahu bersama dan meminta solusi untuk masalah tersebut.

“Tips nak goda wanita ada tak? Nak minta sekarang ni, banyak alasan dia bagi. Sakit badan, tak larat la, sedangkan kerja rumah kebanyakannya saya yang buat termasuk memasak walaupun seharian penat buat kerja berat ditempat kerja. Dia balik, uruskan anak sahaja tapi nak minta seminggu sekali cukup susah. Ajak pergi tukang urut tak nak, ajak pergi klinik tak nak. Jadi apa solusi dia ya?”

Ada juga ahli yang memberi nasihat kepada ahli grup tersebut agar selesaikan masalah rumah tangga dengan cara elok dan betul. Jangan menggunakan platform Facebook sebagai jalan penyelesaian.

“Saya ingin berpesan kepada saudara seislam dalam group ini. Saya nak pesan jauhilah dosa maksiat dan zina, sesungguhnya perbuatan itu paling dibenci oleh Allah SWT dan perbuatan ini akan terjerumus ke dalam lembah kebinasaan (neraka). Jika dalam group ini ada masalah rumah tangga, selesaikan dengan cara elok , bukannya share masalah dalam group ini. Pergi jabatan agama di negeri masing-masing.”

*Jaga-jaga, cuba check Facebook pasangan masing-masing.

Jalankan tanggungjawab suami isteri dengan betul. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Nak Rezeki Datang Mencurah-Curah & Tak Sempit, Suami Jangan Abaikan 10 Perkara Ini

Sumber: Facebook Suami Isteri Terabai 2.O

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×