Famili

Tak Payah Hadiah Mahal-Mahal, Tak Susah Pun Nak Bahagiakan Isteri, Ikut Saja Cara Ini

57
SHARES
hari ibu

Tidak dinafikan, menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu bukanlah semudah yang disangka. Tidak ternilai kepenatan mereka dalam melaksanakan tugas demi menjamin kebahagian si anak.

Jadi, bagi menghargai penat lelah insan bergelar emak, setiap kali sambutan Hari Ibu, pasti ramai yang terfikir-fikir hadiah bersesuai untuk diberikan kepada insan tersayang.

Baca juga: Confirm Tak Cari Lain, Ini 29 Tips Untuk Jadi Isteri Kesayangan Suami

TAK PERLU HADIAH HARI IBU MAHAL-MAHAL, INI YANG IBU MAHUKAN

Rata-rata akan memilih barangan seperti jam tangan, beg, kasut dan sebagainya. Walau bagaimanapun, menjengah ke Facebook milik Adlil Rajiah, rupa-rupanya bukan itu yang diinginkan oleh para ibu di luar sana.

Menerusi perkongsian itu, dapat dilihat bahawa mereka bukanlah menginginkan kemewahan atau hadiah tetapi cukuplah hanya masa bersendirian tanpa perlu menjalankan tugas hakiki sebagai seorang ibu.

hari ibu

“Me time tanpa rasa bersalah sebab tinggalkan anak-anak dekat rumah,” jelas seorang ibu.

hari ibu

hari ibu

Ini begitu bermakna bagi semua ibu di luar sana kerana itulah cara menghargai diri sendiri setelah penat seharian melakukan kerja rumah.

Selain itu, ada juga yang turut meluahkan rasa ingin bercuti bersama suami dan anak-anak. Hal ini demikian kerana, si iby berasa terlalu ‘lama’ berada di rumah.

Jadi, wahai suami-suami budiman sekalian, tak susah pun untuk bahagiakan isteri dengan berikan some me-time tanpa anak-anak sekali sekala.

Terima kasih kerana menjadikan dunia ini lebih bermakna setiap hari dengan kasih sayang, semangat dan kekentalanmu. Semoga syurga ganjaran terbaik buat anda para ibu.

Baca juga: Ibu GAGAL Dapat Hak Jagaan Anak Lepas Cerai? Ini 5 Sebabnya!

Sumber: Facebook Adlil Rajiah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×