Terapi

20 Idea Hadiah Untuk Lelaki Yang Praktikal & Universal. Mesti Diorang Suka!

105
SHARES
hadiah untuk lelaki

IDEA / CONTOH HADIAH UNTUK LELAKI YANG PRAKTIKAL & MENARIK

Dah bosan memberi hadiah dompet untuk lelaki?

Dalam mencari hadiah yang sesuai, tentu kita nak cari sesuatu unik, tapi sesuai digunakan dengan kerap. Harga hadiah juga tak semestinya mahal-mahal.

Asalkan ia praktikal dan mudah digunakan, si penerima pasti bakal menyukainya.

Apa hadiah yang terbaik untuk lelaki ya?

Di sini ada beberapa idea barangan untuk lelaki yang praktikal dan sesuai untuk dijadikan hadiah.

Jom kita tengok satu-persatu!

Contoh Idea Hadiah Untuk Lelaki Yang Menarik, Unik & Praktikal

1. Hand Vacuum

Kredit Foto : yourbestdigs.com

Hand vacuum yang kecil sangat handy untuk sedut habuk di sekitar bilik atau di kereta.

Saiznya kecil dan cukup mudah untuk digunakan, terutamanya bagi lelaki yang jenis pembersih dan rapi.

Harga pun ok!

2. Beard Grooming Set

Kredit Foto : shopee.com.my 

Hadiah ini sesuai untuk lelaki yang membela jambang.

Beard grooming set biasanya didatangkan dengan beard oil, beard balm serta berus, sikat dan gunting khas.

Banyak dah kedai yang jual satu set macam ni.

3. Fitness Tracker

Kredit Foto : verywellfit.com

Fitness tracker dalam bentuk jam tangan boleh dikira satu kemestian untuk gaya hidup masa kini.

Bergantung pada bajet anda, ada banyak feature yang bagus untuk track kesihatan dan sesi senaman harian.

4. Air Fryer


Sama ada hebat di dapur atau tidak, air fryer sangat membantu untuk memasak hidangan yang simple, tak kiralah untuk lelaki atau perempuan.

Ia juga tak memakan banyak ruang di dapur dan mudah digunakan.

5. Hair Trimmer

Kredit Foto : shopee.com.my

Tak seperti perempuan, lelaki biasanya hanya perlu touch up rambut dan jambang sikit-sikit sahaja.

Apa kata belikannya trimmer untuk dia trim rambut dan jambang di rumah?

Lebih mudah dan senang digunakan bila-bila masa. Memang praktikal.

6. Wireless Earphone/Headphone

Kredit Foto : money.com

Tiada siapa akan menolak bila dibelikan earphone, terutamanya dalam era work from home sekarang ni.

Banyak earphone dan headphone wireless yang dijual di pasaran sesuai untuk digunakan ketika beriadah atau bekerja.

Carilah yang sesuai dan praktikal untuk stail mereka.

7. Gym Bag

Kredit Foto : nytimes.com

Gym bag ni sesuai dijadikan hadiah untuk lelaki yang gemar bersenam,.

Ia semestinya sangat berguna buat mengisi baju, tuala dan botol air ketika exercise!

8. Anti-Lost Tracker

Kredit Foto : shopee.com.my

Ingat perempuan saja yang selalu terlupa letak barang dekat mana? Lelaki pun ada masanya gelabah juga tau.

Sesuai untuk yang sering kehilangan barang, atau jenis lelaki yang super busy!

Tracker ini dilengkapi dengan penggera yang akan berbunyi untuk locate barang yang mudah hilang seperti kunci kereta dan wallet menggunakan aplikasi phone.

Pilih yang stylo-stylo, mesti dia suka.

9. Phone Stand & Charging Station 

Kredit Foto : shopee.com.my

Hadiah ini pula sesuai buat peminat gadget untuk susun dan charge semua peranti di tempat yang sama.

Tak adalah bersepah-sepah di atas meja atau dekat extension nanti.

Barulah nampak teratur sikit workspace mereka nanti.

10. Mi Stick

Kredit Foto : xiaomiplanets.com

Rasanya TV sekarang ni tak lengkap jika tiada aplikasi android TV.

Dengan Mi Stick, tak perlu nak streaming melalui handphone lagi.

Alat ini sangat mudah untuk install, kini anda boleh stream pelbagai rancangan dari Netflix dan Youtube.

Anda juga boleh install streaming app lain seperti iQiyi, WeTV dan Viu dari Google Play.

11. Alat Urut Badan

Kredit Foto : shopee.com.my

Massage gun pula sesuai bagi yang selalu lenguh-lenguh badan selepas bersukan atau seharian bekerja.

Bolehlah pilih design lain banyak lagi. Ini antara contoh design yang menarik dan unik.

12. Jam Digital dengan Bluetooth Speaker

Kredit Foto : shopee.com.my

Jam digital masa kini rekaannya sangat ekslusif dan sesuai untuk dijadikan hadiah.

Harganya bukan saja berpatutan, malah ia juga dilengkapi dengan bluetooth speaker.

Sesuai untuk kejut bangun pagi kan?

13. Mini Projector

Kredit Foto : shopee.com.my

Rindu tonton movie di panggung wayang?

Khas buat penggemar filem, mini projector ini boleh dijadikan hadiah yang sangat bermakna.

Boleh tengok wayang pacak sama-sama nanti.

14. Action / Sports Camera

 

contoh hadiah untuk lelaki

Mungkin ramai yang terlepas pandang, namun kamera bukan saja bertindak sebagai perakam, namun ia juga sebenarnya sangat penting untuk saat-saat kecemasan ketika di jalan raya.

Anda boleh hadiahkannya kepada mereka yang suka travel, sukan lasak atau berbasikal – dan suka selfie!

15. Helmet Motor

Kredit Foto  : revzilla.com

Melainkan seseorang itu minat pada aksesori motor, sangat jarang bagi lelaki untuk membeli helmet baru selagi yang sedang dipakai masih elok.

Bagus juga kalau ada helmet spare untuk kegunaan masa depan!

16. Shoe Organizer

Kredit Foto : shopee.com.my

Anda kenal dengan lelaki yang suka mengumpul kasut pelbagai jenama?

Shoe organizer semestinya hadiah yang paling tepat untuk mereka menyimpan dan display koleksi kasut di rumah.

17. Gift Card

hadiah untuk lelaki

Kredit Foto : gamersantai.com

Jika anda tak pasti nak belikan apa untuk lelaki, anda boleh juga hadiahkan gift card untuk dia beli apa yang dia suka.

Contoh gift card yang anda boleh dapati ialah dari jenama pakaian seperti ‘H &M’, Zalora atau untuk hiburan dan gaming seperti Playstation, Google Play dan Netflix.

Sesetengah gift card jual mudah didapati di 7-Eleven berdekatan anda.

18. Kerusi Gaming

Kredit Foto : tomaz.my

Bukan sekadar untuk main game, malah kini ramai orang menggunakan kerusi gaming sejak perlu bekerja dari rumah.

Cukup selesa dan stylish habis!

19. Coffee Machine

hadiah untuk lelaki

Kredit Foto : shopee.com.my

Lelaki jarang suka minuman manis.

Jadi, coffee machine adalah sesuai untuk dia nikmati secawan kopi bila-bila masa di rumah.

Sangat praktikal dan mudah untuk digunakan!

20. Accesory Organizer

hadiah untuk lelaki

Kredit Foto : glenorco.com

Bukan saja perempuan, lelaki pun ada banyak aksesori yang suka dipakai seperti jam tangan, butang kot, dan cermin mata.

Apa kata anda hadiahkan accessory organizer bagi yang gemar menggunakan aksesori.

Yang Mana Anda Suka?

Dalam mencari hadiah untuk lelaki, harga hadiah tak semestinya mahal.

Yang penting ikhlas daripada kita. Semua ini akan menjadi sentimental value buat mereka.

Semoga perkongsian ini berguna buat anda yang sedang tercari-cari idea hadiah untuk lelaki.

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×