Asuh

5 Tips Untuk Tambat Hati Anak-Anak Supaya Mahu Berpisah Tempat Tidur Dari Mak Ayah

9
SHARES

Sesetengah ibu bapa mengalami masalah untuk memisahkan anak-anak mereka dari tempat tidur, terdapat ibu bapa yang terpaksa berhadapan dengan karenah anak mereka yang menangis ataupun mengamuk bila diminta untuk mula belajar tidur berasingan. Namun begitu, pengasingan tempat tidur tetap perlu dilakukan apabila anak semakin dewasa dan mula memasuki alam persekolahan. Pengasingan tempat tidur dari awal sebenarnya dapat membantu menjadikan si manja berdikari, lebih matang dan juga cerdik.

CARA MENGASINGKAN ANAK DARI TEMPAT TIDUR IBU BAPA

Anda mengalami masalah yang sama? Amalkan teknik ini.

1. Bincang. Jangan paksa. Berunding dengan anak akan memberikan kesan positif untuk jangka masa panjang.

2. Bilik mereka, tanggungjawab mereka. Berikan mereka sebahagian tanggungjawab untuk merancang dan penyediaan bilik tidur mereka. Ini akan mendidik anak untuk merasakan bilik mereka adalah milik mereka.

3. Eksperimen suasana. Tiada satu keadaan bilik yang sesuai untuk semua anak-anak. Cuba eksperimen dengan keadaan-keadaan tertentu selepas berbincang dengan anak.

4. Berikan mereka privasi. Ketuk pintu dan minta izin setiap kali ingin masuk ke bilik mereka. Hormati privasi mereka. Mereka akan hormati privasi kita.

5. Ganjaran dan pujian. Ini akan memberikan mereka motivasi dan semangat untuk terus tidur di bilik mereka.

Bolehlah cuba malam ini. Semoga berjaya.

Bagaimana untuk mengambil hati anak untuk pisahkan tempat tidur.

TIPS MENGAMBIL HATI ANAK UNTUK MEMISAHKAN TEMPAT TIDUR

1. MENGHIAS DAN MENYEDIAKAN BILIK YANG SELESA

Ibu bapa boleh berpakat dengan si kecil untuk menghias bilik mengikut kreativiti mereka, ambil peduli dengan warna yang mereka sukai dan susun atur bilik yang mereka gemari supaya mereka berasa seronok untuk tidur di bilik sendiri dan tidak menganggu ibu bapa, pastikan juga tempat tidur yang disediakan selesa buat si anak.

2. BERBORAK DAN MELUANGKAN MASA DENGAN ANAK SEBELUM MEREKA TIDUR SENDIRI

Meluangkan masa selama 10-15 minit bersama anak sebelum mereka tidur, mungkin ibu bapa boleh membacakan buku cerita atau berborak dengan anak untuk bertanyakan hari mereka supaya si anak berasa tenang dan tidak terlalu sunyi sebelum tidur berseorangan. Memberikan kucupan dan pelukan kepada anak sebelum tidur serta ucapan yang baik juga boleh membantu anak untuk membiasakan diri tidur berseorangan di bilik sendiri.

3. ELAKKAN MEMBUAT PERKARA DITAKUTI ANAK

Pastikan lampu bilik juga ditutup dan ibu bapa tidak cuba membuatkan atau menakutkan anak-anak serta tidak menonton atau berborak mengenai kisah-kisah yang boleh menyukarkan mereka untuk tidur dengan lena sehingga membuatkan mereka kembali semula ke bilik ibu bapa.

4. TIDAK TERLALU MENDESAK DAN MEMBERITAHU LEBIH AWAL

Jangan terlalu mendesak sehingga anak berasa susah hati, persediaan mental dan juga emosi perlulah diberikan seiring kerana kanak-kanak juga perlu mengambil masa untuk membiasakan diri dengan perubahan. Oleh itu, beritahu mereka lebih awal berkenaan pemisahan tempat tidur dengan cara terbaik.

5. AJARKAN DOA DAN TABIAT MENGEMAS BILIK

Mengajarkan bacaan doa sebelum tidur serta mengingatkan anak-anak untuk mengemas semula katil supaya bersih agar mereka lebih menghargai ruang mereka dan lebih selesa untuk tidur berseorangan di bilik mereka sendiri.

Sumber: Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×