Nur

Kaum Lelaki Wajib Bagi Nafkah Kepada Isteri Dahulu Atau Mak? Ini Jawapannya

184
SHARES

Umum sedia maklum bahawa tanggungjawab dalam memberikan nafkah adalah terletak di bahu seorang suami kerana suami merupakan ketua keluarga. Apabila melibatkan hukum, ia adalah satu ketetapan yang wajib difahami oleh semua orang bukan sahaja lelaki.

Wajib tetap wajib, maka ilmu pengetahuan mengenai hukum nafkah ini akan diterangkan dengan lebih lanjut. Satu hantaran yang dimuat naik oleh pengguna Tiktok yang dikenali sebagai @sekadarperingatan mengenai hukum siapa yang patut diutamakan dalam memberi nafkah, isteri atau anak-anak? Ikuti artikel kali ini!

Baca juga: 5 Perkara Perlu Ubah Sebelum Kahwin, Nombor 5 Sila Ambil Perhatian!

Orang lelaki wajib mendahulukan isteri dan anak-anaknya dahulu baru ibunya sebab ramai orang lelaki dia jual kat isteri dia ‘abang ini anak lelaki, abang kena utamakan mak abang daripada awak’.

Yes, tapi bukan dalam bab nafkah. Dalam bab nafkah mesti utamakan isteri dan anak-anak dahulu baru ibu bapa dia. Hal ini kerana ibu dia ada suami dia untuk nafkah.

Seandainya ayah dah tak ada, itu selepas isteri dengan anak-anak baru mak dia dalam bab nafkah. Berbuat baik memang abadan abada sampai bila-bila wajib, seorang anak buat baik pada mak ayah dia. Faham ya.

Jangan cakap ‘saya kena utamakan mak saya pada awak tau, itu sebab gaji saya bagi mak saya. Salah’. Kalau isteri tak redha suami berhutang. Ini cerita berkat keluarga.

Itu sebabnya kalau bagi kepada mak, seorang ibu yang ada belajar agama, dia akan faham benda ini. Maka ibu dia yang setiap kali dapat duit pada anak dia, ibu akan tanya anak ‘nih kau bagi duit belanja kat mak nih, anak ibu kau macam mana, dia orang ada tak cukup makan pakai tak nih kau bagi mak nih, kalau tak baik kau bagi dia orang dulu’. Itu ibu yang baik.

‘Emak nih belanja bukan tinggi sangat tak payah‘.

Tapi ada yang bertanya, ‘habis kalau saya tak mampu ustaz hanya mampu bagi isteri saya, tak kan saya nak biarkan mak saya’

Kau patut fikir sebelum kau kahwin, bukan dah kahwin baru fikir.

VIDEO PENUH 

@sekadarperingatan

join group channel min di telegram ye. Ada perkongsian ceramah agama kt situ. Link di bio. Atau cari je “sekadarperingatan”. #lelaki #nafkah #gweichrancak #ustazsyamsuldebat #syamsuldebat #sekadarperingatan #sharedakwah #tiktokdakwah #fyp

♬ bunyi asal – Sekadar Peringatan ☾ – Sekadar Peringatan ☾

Sumber: Tiktok sekadarperingatan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×