Cantik

Idea Set Barang Kemas Untuk Dihadiahkan Kepada Ibu Atau Ibu Mertua, Serius Menarik!

3.8K
SHARES

Hari Ibu dah nak dekat ni. Siapa kat sini yang masih belum ada idea nak beli hadiah untuk ibu tersayang? Takkan nak beri hadiah yang sama untuk ibu setiap tahun. Kalau tahun lepas dah beri beg tangan, apa kata tahun ni beri barang kemas pula. Biar lain daripada yang lain. Barulah ibu rasa istimewa. Tak tahu pilih? Kat sini kami ada cadangan terbaik untuk anda.

Poh Kong lengkapkan set barang kemas untuk anda beri kepada ibu tersayang!

Perempuan memang suka barang kemas. Tipulah kalau tak suka. Cuba beri satu set barang kemas untuk ibu anda. Mesti senyum sampai telinga. Nak pilih set barang kemas dengan harga berpatutan? Kami syorkan Poh Kong untuk anda!

Kenapa anda kena beli barang kemas dari Poh Kong? Mereka mempunyai variasi barang kemas yang cantik-cantik. Gelang, rantai, anting-anting, semuanya ada. Banyak koleksi jenis emas, berlian, permata dan mutiara berwarna-warni. Rekaan juga terkini dan menarik. Fuh!

Jom kita tengok set barang kemas dari Poh Kong khas buat ibu tersayang. Bagi yang sudah berkahwin, anda mungkin mahu belikan untuk ibu mertua juga. Nak beli untuk isteri yang bakal jadi seorang ibu pun boleh. Romantiknya!

Set rantai mutiara berwarna-warni bersama anting-anting mutiara ini mempunyai makna tersendiri

 

Ibu tidak pernah berkira dengan anak-anaknya. Oleh itu, Poh Kong sediakan set rantai mutiara berwarna-warni yang sempurna dipasangkan dengan anting-anting mutiara. Nampak cantik dan ceria!

Kenapa anda perlu pilih set yang penuh dengan mutiara ni? Sebenarnya, mutiara melambangkan kasih sayang ibu yang tidak bersyarat. Manakala, warna-warni melambangkan kegembiraannya menjaga kita dengan penuh sabar dan tekun. Kena sangat dengan peribadi seorang ibu bukan?

Set anting-anting mutiara tergantung bersama berlian, sesuai untuk pergi majlis khas

Ibu anda suka bergaya bila ke sesuatu majlis? Poh Kong ada satu barang kemas khas untuknya. Anting-anting mutiara yang tergantung dengan berlian ini pasti buat hati ibu anda gembira. Yay!

Mana taknya, seronoklah ibu anda boleh pakai set ni untuk pergi majlis. Orang lain mesti kalah dengan ibu anda kat majlis itu nanti. Lebih bergaya, macam zaman remaja!

Set barang kemas berbentuk hati, gandingan emas putih dan berlian ni tak boleh tolak langsung

Betullah orang kata, kasih ibu itu satu dalam sejuta. Nak lebih sweet, beri set barang kemas berbentuk hati oleh Poh Kong ni untuk ibu anda. Emas putih dipadankan dengan berlian yang berkilauan. Serius, ibu anda akan nampak lebih anggun!

Tengok betul-betul. Cuba fikir kalau ibu anda pakai kalau pergi jalan-jalan, mesti cantik. Tak menyesallah kalau ambil set yang ni. Ibu anda mesti suka punya. Hihi.

Set barang kemas dengan berlian bertatahkan emas putih dan mutiara.

Mahukan kilauan sempurna? Pilih set ni. Poh Kong tahu anda mahu ibu anda sentiasa jadi perhatian. Loket, cincin dan anting-anting dengan berlian bertatahkan emas putih dan mutiara ni pasti buat ibu anda senyum sentiasa. Wee..

Senang cerita, ibu anda akan nampak lagi berseri jika memakai set ini. Ayah anda pula pasti akan jatuh cinta sekali lagi dengan ibu anda. Terimbau kenangan masa nak ambil hati ibu sebelum kahwin dahulu. Hehe.

Itulah antara pilihan barang kemas dari Poh Kong untuk dihadiahkan kepada ibu anda. Semuanya menarik. Nak senang, anda bincanglah dengan adik-beradik nanti ya.

Bukan itu saja. Poh Kong juga ada promosi menarik untuk anda! Cuba tengok kat bawah ni..

Promosi istimewa, boleh dapat anting-anting mutiara yang berharga RM299!

Mulai sekarang sehingga 12 Mei 2019, dengan membuat pembelian barang kemas mutiara berwarna-warni pada harga Rm699 di mana-mana cawangan Poh Kong, anda boleh dapat sepasang anting-anting mutiara bernilai RM299 tau. Nampak gaya, kena pakat dengan kawan-kawan ni. Syoknya.

*Sementara stok masih ada. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Jangan lupa singgah Poh Kong yang berdekatan untuk dapatkan set-set tersebut dan promosi yang ada. Boleh pergi sekeluarga. Kalau nak buat kejutan, bawa ibu terus. Suruh dia pilih. Mesti dia terharu punya.

Banyak jasa dan pengorbanan ibu kepada kita. Tak dapat digambarkan dengan wang ringgit. Tapi bila kita sudah bekerjaya, ibu pula semakin tua, sampai masa untuk kita pula yang hargai mereka. Betul tak?

Klik mana-mana link di bawah untuk ketahui perkembangan terkini Poh Kong. Jangan lupa like dan follow ya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×