Biasanya, setiap kali ada kotak sarang telur di rumah, pasti anda terus membuangnya kerana beranggapan ia tidak boleh digunakan lagi. Sebenarnya, kotak tersebut mempunyai pelbagai fungsi dan antaranya adalah boleh melebatkan buah pokok.
Pasti anda tidak menyangka dan tertanya-tanya mengenai hal ini kan? Jangan risau, penulis ada kongsi penjelasan lanjut tentang kotak sarang telur dan kegunaanya di bawah.
Baca juga: Serbuk DIY Kulit Telur Untuk Kilatkan Periuk Berkerak, Sekali Sental Terus Macam Baru!
KOTAK SARANG TELUR BOLEH LEBATKAN POKOK BERBUAH, WOW
Menerusi perkongsian di laman Facebook, kotak sarang telur boleh digunakan untuk pokok mengeluarkan bunga dan berbuah lebat dengan cepat.
Jelasnya, tanamannya juga bebas daripada sebarang ulat atau serangga perosok selepas menggunakan kotak sarang telur.
Caranya adalah:
– Anda hanya perlu menyediakan kotak sarang telur.
– Leperkan kotak tersebut dan renjiskan sedikit air. Ini bertujuan agar asap tahan lebih lama.
– Seterusnya, bakar kotak tersebut dan biarkan asapnya sahaja.
– Letakkan di beberapa bahagian pokok yang bersesuaian.
“Terima kasih pada yang mencadang supaya asapkan dengan sarang telur untuk pokok berbuah. Saya telah mencubanya memang bagus, semua pokok yang diasapkan mengeluar bunga dan berbuah lebat,” ujarnya.
Perkongsian itu turut menjelaskan bahawa dia menggunakan teknik ini sebanyak 3 hari sekali pada jam 7 malam selama 45 minit sahaja.
“Sayur berdekatan juga sihat bebas ulat dan serangga. Jiran maafkan saya jika bau asap tidak menyenangkan. Saya asapkan 3 hari sekali pukul 7 malam selama 45 minit dan akan berhenti jika daun dan buah tidak diganggu ulat dan serangga lagi,” katanya.
Bagi anda yang tidak tahu, serangga yang mengganggu pokok sangat aktif pada waktu malam. Jadi, disarankan agar menggunakan teknik ini pada waktu bersesuaian.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memberitahu bahawa kaedah kotak sarang telur ini sangat berguna dan mampu membuatkan pokok berbuah lebat.
“Alhamdulillah, pokok jambu saya berbuah lebat kali ini. Saya akar sarang telur seminggu sekali bawah pokok jambu. Tujuannya nak hilangkan masalah ulat bulu,” luahnya.
Pengguna media sosial turut menjelaskan bahawa ini merupakan salah satu teknik yang digunakan oleh orang dulu-dulu untuk tanaman kekal subur.
Baca juga: Ibu Selit Nota Kecil Di Bekal Anak Darjah 2, Sikap Positif Ini Dipuji Warganet