Asuh

STOP Bagi Jajan Masa Hari Jadi Anak, Ini 10 Idea ‘Goodies Birthday’ Boleh Bagi!

2
SHARES
idea goodies birthday

Jika anak masih bersekolah terutama sekali di sekolah rendah, selalunya waris akan menyediakan sambutan kecil sempena hari lahir anak. Mak ayah akan mencari idea goodies birthday dan dibungkuskan dalam kuantiti yang banyak supaya boleh diberikan kepada satu kelas.

Namun, seringkali menjadi perbalahan antara waris murid-murid adalah barang yang diberi dalam bungkusan goodies tersebut ada kalanya penuh dengan jajan seperti keropok dan air kotak. Katanya tidak sihat untuk dimakan oleh anaknya dan terus dibuang. Alamak!

Baca juga: Cikgu Dapat Hadiah Set Ulam, Buah & Sayur Dari Murid, Tersentuh Jiwa Bila Tengok!

SELAIN ‘JAJAN’, INI IDEA GOODIES BIRTHDAY DI SEKOLAH MAK AYAH BOLEH BELI

Situasi sebegini menunjukkan contoh yang tidak baik di hadapan anak-anak kerana mak ayah tidak perlu mencela antara satu sama lain. Ambil dan ucap terima kasih, jika tidak mahu dimakan oleh anak maka boleh diberikan kepada orang lain tanpa perlu mengecam mak ayah lain. Jadi, Dr.Mazliana Mazlan berkongsikan antara 10 barang goodies lain anda boleh beli.

Anak sambut birthday di sekolah. Dapat goodies bag penuh jajan, kitalah yang kena ‘break the cycle’. Bukan kecam mak ayah lain yang bagi jajan dan bukan buang jajan depan anak. Berikut merupakan 10 contoh goodies bawah RM2, selain jajan dan air kotak.

1.Mini clay

idea goodies birthday

2.Magic scratch

idea goodies birthday

3.DIY fan colouring

4.Maze ball puzzle

5.DIY Colouring Bag

6.Water Colour Painting

7.Drawing Ruler

8.DIY Paper Toys

9.DIY 3D Foam Sticker

10.Sand Painting

*Kenapa tak boleh kecam mak ayah lain? Sebab kita sebagai mak ayah kena jaga akhlak dan ajar anak untuk jaga akhlak juga serta jangan cakap hal buruk pasal orang lain. Jangan kecam pemberi, cukuplah kita beritahu anak yang jajan ini tak elok dimakan kalau nak otak bijak.

Baca juga: Budak 6 Tahun Positif Kanser Mata, Dapat Tahu Dari Silau Lampu!

Sumber: Mazliana Mazlan

Foto: Smart Parenting

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×