Asuh

Ajak Anak Buat Teknik ‘Grounding’ Pijak Tanah Berkaki Ayam, Banyak Manfaat!

31
SHARES

‘Grounding’ merupakan teknik memijak tanah tanpa sebarang alas seperti memakai kasut dan cuma berkaki ayam. Tapak atau tanah yang dipijak boleh jadi dalam pelbagai jenis seperti kayu, batu, pasir, rumput, tanah liat.

Melalui perkongsian ilmu keibubapaan dari Puan Mazliana Mazlan, teknik grounding banyak memberi manfaat kepada si kecil seperti dinyatakan di bawah. Jadikan ia sebagai amalan demi kesihatan fizikal, mental dan emosi mereka.

Baca juga: Rupanya Ayat Pujian Seperti “Pandainya Kakak” Boleh Jadi Toksik. Kena Ubah Ayat Pujian!

Gambar: Saya suka bawak anak ke pantai. Tempat grounding paling best.

Cuba cari masa untuk jadikan grounding sebagai rutin mingguan anak-anak. Kalau dapat 30 minit setiap hari, itu paling baik.

Tak susah pun sebenarnya tau. Kejap je masa yang diperlukan. Tapi beri banyak kesan positif untuk anak. Kalau kita sibuk tak sempat sangat, 10 minit pun dah cukup.

Tapi, anak-anak kalau dah dapat grounding, ada yang sampai 3 jam masih tak puas. Sebab diorang dah rasa nikmat bermain dengan alam. Best kan.

MANFAAT GROUNDING KEPADA ANAK-ANAK

Gambar: Ajar anak main selut. Kalau dia geli, lagi kena cuba, kita perbaiki masalah sensori anak.

Banyak manfaat kebaikan grounding untuk anak-anak:

  1. Perbaiki kualiti tidur.
  2. Kuatkan tulang dan otot.
  3. Kuatkan sistem imuniti.
  4. Kurangkan keradangan.
  5. Perbaiki mood anak.
  6. Lancarkan perjalanan darah.

Banyak lagi, terlalu banyak. Kena cuba je, dan lihat sendiri kesannya.

7 CARA GROUNDING MUDAH YANG ADA DI SEKELILING

Gambar: Rumput untuk grounding.

Saya bagi contoh 7 cara grounding yang mudah. Yang ada di sekeliling kita.

  1. Air – laut atau sungai.
  2. Tanah – pantai atau depan rumah pun boleh.
  3. Selut – ini ‘kotoran’ yang baik untuk anak.
  4. Batu – kutip batu letak depan rumah.
  5. Bunga – boleh tanam dan simpan dalam rumah.
  6. Pokok – tanam pokok kari pun boleh.
  7. Rumput – senang nak cari kan.

RUMAH TAK ADA TAMAN, BOLEH BELI POKOK BUNGA UNTUK ANAK BUAT GROUNDING

Gambar: Pokok bunga boleh tanam kalau rumah atas langit. Hehe.

Kita jangan susahkan yang mudah. Ramai tanya bila saya share pasal grounding, duduk rumah apartment tak ada taman nak bawak anak untuk grounding.

Lepas ini, kita beli pokok bunga dan biar anak main 10 minit setiap hari. Kira okay dah tu kan dari tak ada langsung kan.

Buat tau, setiap hari kalau mampu. Kesan yang baik kita pasti akan nampak. Kita cuba sama-sama ya.

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×