Rakyat

Pemuda Alami Kecacatan Kekal Kemaluan Sewaktu Berkhatan, Dapat Ganti Rugi RM3.1 Juta

149
SHARES

Seorang pemuda berusia 22 tahun mengalami kecacatan kekal pada kemaluaannya, menerima ganti rugi RM3.1 juta selepas Mahkamah Tinggi di sini membenarkan tuntutan samannya terhadap kerajaan Malaysia dan empat yang lain.

Baca juga:  “Untunglah Jual RM10 Seketul, Esok Lusa Guna Vellfire Gamaknya Jual Mahal-Mahal…”

PEMUDA ALAMI KECACATAN KEKAL KEMALUAN SEWAKTU BERKHATAN, DAPAT GANTI RUGI RM3.1 JUTA

Gambar hiasan – Hello Doktor

Semalam Berita Harian melaporkan, kejadian berlaku pada 12 tahun lalu sewaktu proses berkhatan. Di mana, kepala alat kemaluan lelaki tersebut telah terpotong.

Defenden yang dinamakan dalam kes tersebut ialah pegawai perubatan dan pengarah Hospital Kuala Lipis di Pahang serta doktor pakar dan pengarah Hospital Selayang di Selangor.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Akhtar Tahir selepas memutuskan semua defendan melakukan kecuaian terhadap keadaan yang dialami plaintif.

Mahkamah membenarkan ganti rugi khas seperti dinyatakan dalam pliding iaitu RM108,356, selain ganti rugi am RM2 juta, ganti rugi teruk RM500,000, ganti rugi teladan RM500,000 dan kos RM100,000 dibayar kepada plaintif oleh semua defendan, lapor Berita Harian.

Akhtar membuat keputusan itu dalam prosiding dalam talian menerusi aplikasi Zoom yang turut disertai peguam Mohamad Zainuddin Abu Bakar bagi pihak plaintif dan Peguam Persekutuan Saravanan Kuppusamy yang mewakili defendan.

Gambar hiasan – Tribun Jakarta

Terdahulu pada 19 Julai 2018, plaintif memfailkan saman menerusi ibunya dan mendakwa proses berkhatan pada 13 Disember 2010 tidak mengikut prosedur ditetapkan. Di mana, keseluruhan kepala alat sulitnya dipotong menyebabkan beliau mengalami kecacatan kekal apabila kemaluannya tidak dapat disambung semula.

Kejadian yang mengakibatkan kecederaan kekal ketika plaintif berusia 10 tahun itu, menyebabkan dia berubah sikap menjadi amat pendiam dan tidak suka berkawan dengan rakan sebaya.

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×