Rakyat

“Untunglah Jual RM10 Seketul, Esok Lusa Guna Vellfire Gamaknya Jual Mahal-Mahal…”

1.9K
SHARES

Begitulah dalam dunia perniagaan, lagi-lagi buat peniaga makanan. Ada saja omelan yang didengari daripada para pelanggan. Antaranya harga makanan yang mahal tidak setimpal dengan kuantiti yang dimakan.

Mungkin ada dalam kalangan pelanggan tidak begitu tahu selok-belok perniagaan. Terutama berkaitan kos pengeluaran, kos pekerja, pusing modal dan baki keuntungan yang diterima peniaga pada setiap hari. Pengakhirannya pelanggan hanya pandai merungut dan menyindir saja, yang tanggungnya peniaga.

Perkongsian yang dibuat oleh saudara Mohd Khalis Raouf ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dengan 11 ribu shares setakat ini. Mari kita baca penulisan beliau di bawah.

Baca juga: Jangan Lajak Servis Kereta & Guna Minyak Hitam Tiruan, Patutlah Enjin Kereta Kotor Teruk!

“UNTUNGLAH JUAL RM10 SEKETUL, ESOK LUSA GUNA VELFIRE GAMAKNYA JUAL MAHAL-MAHAL…”

SINDIRAN PELANGGAN YANG BIASA DIDENGAR

Fuhhhh. Untunglaaa. Jual RM10 seketol, 100 ketul dah dapat seribu sehari, 30 hari 30 ribu. Perghhhh.

Ni niaga pergi haji balik hari ni. Camni la orang berniaga. Untung tak nak kurang. Esok lusa guna Vellfire gamaknya jual mahal-mahal. Kalau dalam berniaga tak ada rasa nak beramal. Macam nilah.

PERJALANAN SEORANG PENIAGA DARIPADA A-Z

Bangun setelah berehat sebentar membasuh peralatan-peralatan berniaga semalam. Peniaga pergi ke pasar raya untuk membeli barangan jualan. Harga whole leg ayam saiz sederhana antara RM4-RM5.

Dibeli juga bahan-bahan rempah ratus perapan. Barangan sos. Barang-barang pembungkusan.

Keluar dari rumah dalam pukul 9 pagi. Selepas dalam sejam setengah ke sana ke sini melengkapkan barangan-barangan niaga. Tiba dalam pukul 10.30 pagi.

Terus dibasuh ayam-ayam yang dibeli. Selepas itu diperap. Setelah itu masak pulak sos. Selesai persiapan sudah hampir zohor. Berehat sebentar melepas lelah. Diangkat barang-barang dalam kenderaan berniaga.

Setiba di tapak niaga. Di susun dulang-dulang. Penyepit. Arang dibakar. Di bawah panas petang mulalah proses membakar. Alhamdulillah. Habis semuanya 100 ketul ayam yang dijual dengan harga RM10 seketul.

Kayo.

RM1000 sehari berniaga kan. Sebelum pulang. Setelah siap-siap mengemas. Pekerja-pekerja di bayar gaji harian. Tauke balik rumah. Gembira.

KIRAAN PERBELANJAAN PENIAGA, BAKI HANYA RM150 UNTUK DISIMPAN

Gambar hiasan.

Duduk di depan tv sementara tunggu Isyak selepas mandi tadi. Mengeluarkan buku catatan perbelanjaan.

Ayam 100 ketul x RM4.50 = RM450
Gaji pekerja RM45 x 3 orang = RM135
Kos rempah perapan = RM60
Kos sos = RM60
Kos minyak kenderaan niaga= RM10
Sewa tapak 250/30hari = RM8
Kos arang = RM30
Kos bahan-bahan membungkus = RM35
Elaun makan pekerja = RM30
Modal backup = RM50

Lebih kurang RM850. Ada baki RM150 untuk disimpan.

Isteri di dapur bertanya. Abang. Ramai komplen 10 mahal la bang. Jual la RM9 ke RM8 ke.

Suami bertanya. Yang komplen tu pernah berniaga tak?? Ke dia main kira seketul mentah sebab RM4.50 seketul. Kita terus untung RMM5.50?Dia nampak tak benda-benda lain?

Aku ni kalau cakap, orang cakap peniaga sombong. Takkan ke mana la kalau jual mahal macam ni.

Dah tu. Nak aku tolak apa? Pekerja? Gaji? Kos bungkus? Kos sos? Jadi? Mana matematik 30ribu tadi? Ni mesti sebab tak niaga kan?

Kutukan diterima. Nak share untuk cari kesalahan status ni pun boleh.

PEGANGAN YANG DIPEGANG SEBAGAI SEORANG PEMBELI

Saya berpegang pada 1 style dari dulu sebagai pembeli.

Kalau sedap. Mahal. Tak sayang nak berulang untuk beli. Harga memang tak komplen dah.

Kalau murah. Tak rasa apa-apa. Tapi lapar hilang. Tetap saya akan berulang time duit takda. Asalkan tak lapo. Sedap belakang cerita.

Tapi. Kalau jual memang level tak sedap. Memang itulah last beli.

Sumber: Facebook Mohd Khalis Raouf

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×