Famili

Walaupun Bekerjaya Masa Dengan Keluarga No.1, Kerja Rumah Sampai Bila Pun Tak Habis!

53
SHARES
komitmen isteri bekerjaya

Komitmen isteri bekerjaya amatlah besar dan banyak yang merangkumi pembahagian masa di tempat kerja dan di rumah. Apabila berada di rumah, bukan sahaja menjalankan tuntutan diri sebagai seorang isteri tetapi ibu kepada anak-anak juga.

Biarpun diri sarat dengan tugasan-tugasan rumah, namun buatlah semampu diri anda sahaja. Hal ini kerana, kerja rumah akan berterusan ada, jadi siapkan dengan daya yang termampu. Paling penting, komitmen untuk meluangkan masa bersama keluarga itu perlu ada setiap hari biarpun pendek, agar kasih sayang mekar berkekalan lama.

Justeru itu, ikuti perkongsian kisah hidup rumah tangga seorang isteri bekerjaya di bawah ini yang masih utuh, selama 10 tahun lamanya sebagai panduan hidup semua.

Walaupun Bekerjaya Masa Dengan Keluarga No.1, Kerja Rumah Sampai Bila Pun Tak Habis.

Komitmen Isteri Bekerjaya, Kerja Rumah No.2, Pentingnya Dahulukan Masa Dengan Keluarga!

Baca juga: Si Dia Putuskan Tunang, Batal Kahwin Tanpa Sebab Munasabah? Failkan Tuntutan Ganti Rugi!

KOMITMEN ISTERI BEKERJAYA

komitmen isteri bekerjaya

Gambar: partystock

Saya isteri yang bekerja jauh dari rumah. Sampai rumah dah maghrib. Hari hari begitulah jadual saya.

Sampai rumah katakanlah 7.30pm. Dalam jadual saya, pukul 10 adalah waktu anak masuk tidur. Jadi, saya hanya ada masa 2 jam setengah untuk buat semua ini:

  • Mandi
  • Solat
  • Ajar anak mengaji
  • Masak
  • Kemas dapur
  • Basuh pinggan
  • Sapu sampah
  • Basuh kain
  • Sidai kain
  • Angkat kain
  • Lipat kain
  • Gosok kain
  • Susun kain
  • Susun pinggan
  • Tengok homework anak
  • Sembang dengan suami
  • Sembang dengan anak

Perlu tetapkan objektif

Jadi, sebab saya rasa mustahil boleh buat semua itu setiap hari dalam tempoh 2 jam setengah, maka saya memilih untuk buat semuanya dengan timeline saya sendiri dan mengikut cara yang saya mampu. Yang penting tetapkan objektif:

  1. Anak dan suami dapat perhatian sewajarnya.
  2. Rumah tidak terlalu bersepah.
  3. Perut masing-masing kenyang.
  4. Kami semua dapat habiskan masa yang berkualiti bersama walaupun sekejap.
  5. Kami semua gembira.

Apa apa sahaja yang saya buat atau tak buat, saya pastikan kelima-lima objektif tersebut tercapai.

Rasa larat kemas rumah, kemas. Larat sapu, sapu. Larat vacuum, vacuum. Tak larat, kemas meja saja sudahlah. Kemaskan yang superficial je, kemaskan kawasan yang nampak jelas di mata: atas sofa, atas meja, depan tv. Yang lain, esok esok lah buat. Paling penting, rumah tak sehingga ke tahap tongkang pecah.

Baca juga: 5 Panduan Pergi Bercuti Ini Penting Untuk Semua Ingat, Terutama Pada ‘Waktu’ Begini!

Perkara wajib perlu buat bersama keluarga

Gambar: tirachardz

Paling penting, ini. Bagi saya, ini yang wajib:

1. Luangkan masa dengan anak. Kita dah tinggalkan dia sepanjang hari. Biarkanlah dia nak bergelumang dengan kita selama 2 jam setengah tu. Itu saja masa yang kita ada dengan dia.

2. Ajar anak mengaji. Seboleh boleh kami suami isteri cuba untuk tak skip rutin yang ini.

3. Spend quality time together, setengah jam pun jadi. Waktu dinner, wajib duduk semeja. Sembang, gelak, bahan each other. Kalau sempat, kami tengok Netflix sesama. Sekejap pun tak apa. Dapat tengok satu episod Naruto pun jadi.

4. Buat breakfast pagi-pagi (cipta menu yang boleh dibuat dan dimakan segera) untuk anak dan suami. Saya suka spend time dengan anak dan suami sebelum masing-masing berpisah ke destinasi masing-masing. Sekejap pun jadi, sebab nak jumpa semula nuuu maghrib nanti.

Memberi masa dan perhatian yang secukupnya kepada anak adalah suatu keutaaman yang tak boleh tolak ansur dah. Kita akan menyesal apabila suatu hari nanti, dia rupanya-rupanya dah besar dan tak mahu sembang dan luangkan masa dengan kita. Masa itu, kita duduk lah dalam rumah yang berkilat macam muzium tu dengan suasana yang sangat sunyi.

Baca juga: Air Nabeez Minuman Kegemaran Rasulullah Kaya Khasiatnya & Ada Resepi Juga!

Ini bukan perkongsian tips tetapi kisah hidup selama 10 tahun berumah tangga

komitmen isteri bekerjaya

Gambar: freepik

Yang saya tulis ini, bukan tips. Tapi ini kisah hidup saya yang baru sepuluh tahun berumah tangga. Alhamdulillah, segalanya makin tenang dan kurang dah tunggang-langgang.

Bagi yang baru meniti setahun dua tahun tiga tahun empat tahun tu, sabar…sabar..sabar…tenang…banyakkan komunikasi. Merajuklah, menangislah, memintalah, bersuaralah agar akhirnya isi hati kita sampai kepada suami.

Suami, teruskanlah berbuat ihsan kepada isteri. Percayalah, isteri anda pasti sedang sentiasa mencuba melakukan yang terbaik untuk anda dan anak-anak dengan cara yang dia tahu dan dengan kudrat yang dia mampu.

Kalau ada sesiapa yang hasut fikiran anda agar jangan bantu isteri, biarkan isteri buat sendiri sebab itu tugas isteri, kalau bantu isteri tu tandanya anda takut bini, ha kau pergi hembus auzubillahi minasyaitooonnn nirrrajimmmm dekat ubun dia. Kalau nampak tak lut, kau azankan saja dekat telinga dia bang. Bisikan syaitan sungguh!

Isteri gembira, anak-anak gembira, anda sendiri pun akan gembira. Bahagia itu kita yang cipta.

Ciptalah.

Via: Izyan Izdihar Shaarani

Baca juga: 5 Petua Awet Muda Cara Islam, Wajah Tetap Cantik Meski Usia Meningkat!

Sumber: Petua Ibu

FT Image: lifestylememory

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×