Asuh

Garis Panduan Bantu Bayi Petah Bercakap, Sebelum 2 Tahun Pastikan Anak ‘Master’ 6 Kemahiran Penting Ini!

15
SHARES
garis panduan

Dapat mendengar permata hati sendiri memanggil “ibu” atau “ayah”, pastinya membuatkan hati pasangan suami isteri berbunga-bunga. Namun, untuk mendengarnya bukan mudah kerana terdapat beberapa fasa dan kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak seperti garis panduan yang dikongsikan di bawah.

Melalui perkongsian akaun Thread @aishahshm , terdapat 6 kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak sebelum berusia 2 tahun untuk membolehkan mereka bercakap. Apakah kemahiran tersebut? Ikuti penjelasannya di bawah.

Baca juga: BIADAP Pergi Rumah Orang Tinggalkan Lampin Bernajis Anak, Wanita Ini Titip Pesanan Buat Parents Lain!

GARIS PANDUAN BANTU BAYI BERCAKAP

garis panduan

Gambar: Getty Images

Hi ‘parents’, anak masih belum boleh bercakap? Di sini ada beberapa garis panduan. Sebelum anak umur 2 tahun, parents kena pastikan anak-anak sudah menguasai 6 kemahiran penting ini sebelum bercakap.

1. Eye-contact (kontak mata)

Salah satu sebab anak buat tak tahu bila dipanggil adalah ibu bapa kurang bagi eye-contact pada anak.

Bila bercakap atau bagi arahan pada anak, pastikan pandang mata anak dan duduk sama paras dengan mereka.

2. Attention (tumpuan)

Attention span (rentang tumpuan) untuk anak bawah 6 tahun tak lebih daripada 30 minit. Nak tahu attention span ikut umur anak?

  • Umur x 2 minit = tempoh fokus minimum

Contoh, 2 tahun x 2 minit = 4 minit. Jadi, attention span untuk anak 2 tahun ialah dari 2 minit hingga 4 minit.

3. Turn Taking (mengambil alih)

Untuk anak mahir dalam kemahiran turn taking ini, ibu baoa kena banyak bermain dengan anak dan tunjuk contoh depan anak cara bermain dan berkongsi.

Kemahiran turn taking ini sangat penting dalam kemahiran sosial anak-anak, jadi ibu ayah kena bekerjasama demi anak.

Baca juga: Anak Pemalu Ekstrem Sampai Lari & Nyorok Dalam Baju Mak, Ubah Dia Dengan 10 Perkara Ini!

Baca juga: Ibu Sebak Terima Layanan Baik Anak Dari Usia 11, Rajin Hidangkan Makan Minum Ikut Perilaku Suaminya!

4. Imitation (meniru perbuatan, bunyi dan perkataan)

garis panduan

Gambar: Freepik

Anak akan mula belajar untuk meniru dari umur 7-8 bulan. Contohnya “bye bye”, “hi”, “mama” dan “dada”.

Banyakkan menyanyi, menari dan membaca dengan kuat bersama anak-anak. Boleh juga menggunakan anak patung semasa beraktiviti untuk menggalakkan anak memberi tindak balas.

5. Play (bermain)

Kita tak boleh menjangkakan anak akan pandai bermain, sebab itu pentingnya contohkan depan anak dulu cara bermain mainan dengan betul.

Dan dari situ anak akan belajar dan lahirnya kemahiran bermain dalam diri anak.

6. Matching (memadankan)

Sebelum nak ajar anak membaca, menulis atau mengira, anak perlu mahir benda yang asas dulu seperti salah satunya kemahiran memadankan.

Boleh perbanyakkan buat aktiviti yang mudah, contohnya padankan gambar atau objek.

Kesimpulan

Kerapkan bersembang dan bermain dengan anak-anak kalau nak mereka mahir dalam 6 kemahiran penting ini.

Selagi mana anak masih dalam track perkembangan yang betul, jangan risau sangat. Hal ini kerana, perkembangan setiap anak adalah berbeza-beza. Percaya pada proses.

Baca juga: 5 Cara Kreatif Tarik Minat Anak ‘Bercinta’ Dengan Matematik, Tak Ada Dah Garu Kepala Lepas Ini!

Sumber: Thread @aishahshm

FT Image: Google

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×