Baru-baru ini, seorang ibu yang mempunyai anak mild autism (tahap rendah) telah meluahkan rasa terkilan atas sikap sesetengah guru di sekolah anaknya. Dikatakan seorang guru ini telah menghukum anaknya tanpa belas kasihan kerana dipercayai melakukan satu kesalahan.
Baca juga: Ibu Kongsi 10 Tips Bawa Si Kecil Ke Disneyland, Walau Anak Ramai Mudah Je Nak ‘Handle’!
ANAK MILD AUTISM
Biarpun kanak-kanak berusia 8 tahun itu telah meminta maaf, namun ia tidak diendahkan dan guru tersebut berterusan memukul anaknya.
“Sesetengah cikgu masih tak kenal anak saya, padahal anak saya sekolah dekat situ mula dari pra 6 tahun sampai sekarang tahun 2. Hari itu, anak saya ada buat kes (luah fikiran dia).
“Mana belas kasihan cikgu atas anak murid macam itu…dan cikgu saksi tak mengaku dan mengatakan bahawa cikgu tersebut memukul sedikit sahaja. Sedangkan 39 orang saksi murid-murid mengatakan sebaliknya,” luahnya sebak.
Saksi kanak-kanak lain tak boleh diterima – pihak berkuasa
Menurut ibu itu, pihak berkuasa memaklumkan bahawa saksi kanak-kanak tak boleh diterima.
“Tapi pihak berkuasa cakap saksi budak tak boleh terima. Allah! Mana keadaan kami untuk bersuara kes anak syurga kami,” ujarnya lebih lanjut di ruangan komen sebuah entri di TikTok.
Baca juga: Ketahui 5 Jenis Luka Lepas Berkhatan, Jumpa Doktor Kalau Ada Tanda Tak Sembuh Ini!
Biarpun begitu, dia bersyukur anaknya mempunyai rakan-rakan di kelas aliran perdana yang memahami akan keadaannya itu.
Jelasnya lagi, anaknya tidak dimasukkan ke kelas Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) oleh kerana doktor mengesahkan kanak-kanak tersebut boleh belajar di aliran biasa.
Berikutan itu, sehingga kini dia tidak dapat melupakan perkara yang terjadi terhadap anaknya itu.
Sumber: TikTok @edtherapy
Ft Image: Corporal Punishment (SBG)