Asuh

Bagaimana Nak Galakkan Anak Beriadah Dari Asyik Main Gajet?

40
reads

Kebanjiran telefon pintar dan tablet pelbagai jenama menyebabkan bukan sahaja golongan dewasa mula beralih arah kepada gajet tetapi juga kanak-kanak seawal usia 1 tahun.

Perhati saja jika anda berada di pusat beli-belah, taman awam mahupun tandas, memang telefon tidak lekang daripada tangan. Kanak-kanak kecil pula ralit menonton di skrin tanpa mempedulikan orang lalu-lalang. Upin Ipin dan BoboiBoy sememangnya jadi pilihan mereka!

Susah nak nampak budak-budak beriadah?

Tidak hairanlah sekarang ini sukar bertembung dengan kanak-kanak di taman permainan mahu pun di kawasan beriadah kerana ramai yang memilih beriadah indoor di hadapan gajet masing-masing!

cara-elak-anak-main-gajet-ipad-iphone

Foto Kredit: erahamptonroads.com

Agak menakutkan apabila kadar obesiti negara kita semakin meningkat di kalangan kanak-kanak kerana suka sangat main gajet dan kurangnya mengikuti aktiviti beriadah. Kalau ada pun ketika di sekolah mengikut jadual Pendidkan Jasmani. Itu pun seminggu sekali.

Jadi, apa perlu kita buat untuk galakkan anak-anak beriadah?

1. Buat riadah bersama

Anak-anak selalunya mengikut perbuatan ibu bapa. Jadi, ambil inisiatif dengan membawa mereka ke pusat riadah dan lakukan aktiviti sihat bersama-sama. Lakukan sekerap mungkin hingga menjadi aktiviti keluarga. Bukan anda sahaja yang sihat,anak pun mendapat manfaat.

2. Belikan mereka peralatan

Beli peralatan digital seperti Pedometer untuk seisi keluarga. Mereka akan suka gajet ini dan akan bersaing secara sihat untuk mendapatkan result riadah yang dilakukan seperti berjalan yang paling banyak.

3. Pilih tempat riadah yang banyak kanak-kanak

Sambil beriadah, mereka dapat berjumpa kawan-kawan baru. Ini akan menggalakkan mereka untuk lebih kerap ke tempat sama pada masa-masa akan datang semata-mata untuk melakukan aktiviti kawan bersama kawan sepermainan.

4. Daftar kelas kemahiran

Galakkan anak menyertai aktiviti yang memerlukan banyak pergerakan seperti kelas tarian, yoga, zumba ataupun taekwando.

5. Lakukan aktiviti spontan

Apabila tengok anak leka dengan permainan di gajet, ajak mereka bermain di halaman rumah atau membantu anda berkebun ataupun menemani anda membeli barang. Parking kereta di tempat yang jauh atau ajak anak menaiki tangga daripada lif.

6. Kerap beri galakan

Jika anak memberontak kerana terpaksa mengikuti anda membuat aktiviti, jangan marah atau menjerit padanya tetapi beri galakan agar mereka bersemangat untuk melakukan riadah.

7. Pelbagaikan aktiviti

Elak melakukan aktiviti yang sama agar anak tidak cepat boring dan memilih untuk tidak melakukannya. Lebih bagus jika buat rotation untuk setiap ahli keluarga memilih aktiviti yang ingin dilakukan.

cara-galak-anak-beriadah-dari-main-ipad

Jadikan aktiviti sihat menjadi aktiviti rutin keluarga. Tidak semestinya anda perlu bawa anak ke gym atau pusat sukan untuk beriadah. Di rumah sahaja sudah mencukupi jika ibu bapa turut melibatkan diri dalam aktiviti bersama anak-anak. Yang penting anak-anak gembira melakukannya.

Foto Kredit: extremetech.com http://www.extremetech.com/extreme/168081-enders-game-child-soldiers-and-the-future-of-the-us-military

Foto Kredit: extremetech.com

Percayalah, iPad, iPhone, tablet dan segala mak nenek gajet itu, lebih banyak keburukan dari kebaikan.

Selamat mencuba!

Yang Popular

To Top