1-2 Tahun

6 Keburukan iPad Kepada Kanak-kanak. Tablet Juga!

70
SHARES
6 Keburukan iPad Kepada Kanak-kanak. Tablet Juga!

Keburukan iPad Kepada Kanak-kanak

Ibu-bapa yang malas melayan anak, mereka akan suakan sahaja iPad agar anak tidak mengganggu mereka. Namun tahukan apa keburukan iPad kepada kanak-kanak?

Zaman sekarang, ibu-bapa siap belikan anak iPad sebagai harijadi. Zaman dulu, buat doa selamat pun sudah cukup baik. Tak perlu hadiah apa-apa pun. Baiklah, kita tinggalkan tentang hadiah ‘birthday’ yang tiada kaitan ini. Mari kita selongkar, adakah iPad atau table ini lebih membawa kebaikan atau keburukan?

 

1. Tiada ‘motor skill’ dan ‘sensor skill’ yang sebenar

Seronoknya tengok anak main pasir

Seronoknya tengok anak main pasir

Dulu-dulu, kita dengar bunyi lembu ‘mooooo‘ bila balik dari sekolah. Sekarang, anak kita tekan-tekan dan sentuh iPad untuk dengar ‘mooooo‘. Kasihan bukan? Itu belum lagi cerita main kejar-kejar, panjat pokok, batu seremban, baling selipar dan banyak lagi. Zaman sekarang, anak kita cuma dapat main pasir, buih, rumput dan Play-Doh hanya di iPad sahaja. Ini tidak bagus untuk pembangunan diri atau ‘child development’ akan terbantut. Mereka tidak dapat rasa dan bau benda yang sebenar.Biarkan anak menyentuk gunakan tangan sendiri. Ia dapat merangsang ‘motor skills‘ dan ‘sensory skills‘.

Bayangkan kalau terlalu leka dengan iPad, bila sudah masuk tadika, nak menulis nama sendiri pun tak pandai. Apa perasaan kita sebagai ibu-bapa?

Kalau nak tahu lebih lanjut, baca entri dari blog Adlil Rajiah yang sangat bermanfaat.

 

2. Ketagih dengan ‘game’

Jangan biar anak bergaduh kerana iPad atau tablet

Jangan biar anak bergaduh kerana iPad atau tablet

Anak umur 1-2 tahun pun sudah pandai ‘addicted‘ dengan game. Ya lah, bila disuakan setiap hari, setiap hari jugalah dia mahu main. Kalau ABC masih lagi boleh diterima. Dengan ‘game‘ popular seperti Angry Bird, Temple Run, Subway Surf pun anak lebih hebat dari ibu-bapa sendiri. Ingat wahai ibu-bapa, bila anak ketagih, suruh buat itu ini pun dia tidak mahu. Jangan marah anak bila tidak mahu dengar kata kita. Bukankah main Lego lagi bagus?

 

3. Boleh menyebabkan rabun

Kecil-kecil dah rabun

Kecil-kecil dah rabun

Kita dulu rabun sebab baca buku dalam gelap. Ibu-bapa zaman dahulu cukup marah bila anak-anak baca buku jauh dari lampu. Sekarang sudah jadi terbalik. iPad diberikan pada anak-anak untuk mengalihkan perhatian mereka dari mengganggu kita berehat. Bayangkan satu hari 3 jam, kalau setahun dah dekat 1,000 jam. Lebih kurang 15 hari dalam setahun, anak kita main iPad tanpa kawalan. Kita tengok komputer lama-lama ditempat kerja pun mata jadi penat. Inikan pula anak kita yang masih belum tahu apa-apa? Kasihan sungguh, bila masuk tadika sudah kena pakai cermin mata.

 

4. Tiada lagi “Cak-cak”

Layan anak main "Cak-cak"

Layan anak main “Cak-cak”

Peek-a-boo” atau “Cak-cak” adalah lebih digalakkan sebagai aktiviti antara ibu-bapa dan anak. iPad atau tablet boleh main “Cak-cak” dengan anak kita? Lebih baik kita bacakan buku, guling-guling dengan anak atau main kuda-kuda.

 

5. Boleh mengganggu tidur anak

Beri anak tidur dengan secukupnya

Beri anak tidur dengan secukupnya

Ada ibu-bapa yang mahu tidurkan anak sambil baca buku cerita yang mereka ‘download‘ dari App Store atau Google Play. Ingat anak boleh tidur kalau nampak cahaya? Lagi ligat bukan? Bila ada cahaya, ia adalah satu ‘signal‘ pada anak untuk ‘bangun tidur‘ bukan untuk tidur. Lebih baik baring dan peluk anak sampai mereka tertidur.

 

6. Anak tidak pandai bersabar

Kecil-kecil, anak tidak pandai kawal emosi diri

Kecil-kecil, anak tidak pandai kawal emosi diri

 

Kalau anak terlalu asyik main iPad, cuba kita minta semula. Agak-agak dia mengamuk atau tidak? Anda sendiri tahu jawapannya. Tentu sekali mereka akan mengamuk sekeliling rumah. Inilah akibat jika tidak mengawal aktiviti penggunaan iPad dan tablet. Bila sudah gian dan ‘addicted’, emosi mereka tidak stabil kerana otak hanya ingatkan ‘game’ sahaja.

Kesimpulan

Keputusan terletak di tangan ibu-bapa. Kalau sengaja beli iPad dan tablet kerana malas nak layan anak, anda tidak layak jadi ibu-bapa. Sepatutnya, sekali-sekala main iPad dengan anak untuk merapatkan hubungan dengan mereka. Bukannya bila anak menangis, kita hulur iPhone atau iPad.

Eh, ada yang terasa ke?. Maaf kalau terasa. Kami sekadar menceritakan perkara yang betul.

Sumber: PsychologyToday.com

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×