1-2 Tahun

Masalah Anak Lambat Bercakap. Apa Petua & Cara Mengatasi ?

9
SHARES
Masalah Anak Lambat Bercakap. Apa Petua & Cara Mengatasi ?

Masalah Anak Lambat Bercakap

Pada umur 1 tahun 6 bulan, ada anak yang dah mula bercakap. Boleh sebut “mama, baba, nak, tu, bye”

Namun ada juga yang belum bercakap. Pada pendapat saya, selagi anak belum mencecah usia genap 2 tahun, ibu bapa masih sempat ajar sendiri anak anda di rumah.

Ada ramai kanak-kanak yang tidak suka dipaksa meniru perkataan. Kita sebut, dia angguk saja. Jadi ibu bapa kena banyak bermain bersama anak supaya mereka tidak rasa seperti dipaksa. Dalam keadaan bermain, aktiviti bersuara dan bercakap juga mestilah seronok kerana namanya ialah bermain.

Contoh aktiviti:

  1. Mainan haiwan. Reka cerita sambil bermain. “Lembu ni cari baby dia. Dia panggil moo moo….mana baby ni…mooo”. “Itik ni nak mandi…pap pap pap…gosok gigi pap pap pap…basuh kaki….pap pap pap”. “Singa ni nak makan lembu…aum aum…makan lagi aumm…”
  2. Mainan puppet. Pakai teddy bear sorok tangan belakang bantal pun boleh. Main ulang-ulang saja, seperti main aum cak. Tapi dalam aktiviti ni, sebut nama anak. Kemudian apabila nak menyorok semula ke belakang bantal, sebut “bye”. Anda boleh buat seperti suspen dan geletek juga. Anak-anak mesti suka.
  3. Main bubbles. Anda boleh ajar anak sebut “pop pop pop” setiap kali belon dipecahkan. Apabila semua dah pecah, sebut “habis”. Kalau dia nak lagi, dia kena sebut “nak” atau “lagi”. Jadi anda mesti tunggu respon dia. Ulang banyak kali sampai dia faham yang dia kena sebut dulu, baru dapat bubbles.
  4. Menyanyi. Biasakan nyanyi lagu yang sama setiap hari, 4-5 kali sehari. Kemudian anda tunggu dia habiskan perkataan terakhir dalam ayat lagu tersebut. Contoh “happy birthday to….” dia kena sambung “you”.
  5. Pengukuhan tahap kefahaman. Latih anak mengenal anggota badan, barang di dalam rumah, menunjuk gambar di dalam buku dan mengikut arahan yang diberikan.
Masalah Anak Lambat Bercakap. Apa Petua & Cara Mengatasi ?

Foto Kredit: rubyatika.wordpress.com

Sambil anda bermain, perhatikan perkara berikut:
– pandangan mata bersama
– kemahiran dan minat dia terhadap permainan yang diberikan
– kebolehan dia meniru perbuatan yang ditunjukkan
– respon yang diberikan apabila namanya dipanggil secara tiba-tiba.

Jika anak telah masuk usia 2 tahun, tetapi masih tidak bercakap, maka anda mestilah bertindak dengan merujuk anak anda kepada mana-mana speech therapist berhampiran.

*Artikel ini adalah tulisan asal oleh Puan Ruby dari rubyatika.wordpress.com

[infobox title=’Tentang Ruby Atika’]

Puan Ruby merupakan Speech Language Pathologist dan kini sedang berkhidmat di Hospital Sultan Abdul Halim. Atas permintaan ramai, Puan Ruby mewujudkan klinik pemulihan terapi di rumah sendiri, yang beroperasi pada hari cuti Kedah iaitu hari Jumaat. Puan Ruby menjalankan terapi di rumah sendiri yang beralamat di : 160 Jalan Melor 4/6, Ambangan Height, Amanjaya 08000 Sg Petani. Puan Ruby juga boleh pergi ke rumah client mengikut keperluan. Sila hubungi 013-3109703 untuk mendapatkan tarikh temujanji. Slot temujanji adalah terhad.[/infobox]

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×