Asuh

Kenali Apa Itu ‘Ekolalia’, Sindrom Anak Suka Ulang Perkataan Disebut Mak Ayah

23
SHARES
masalah pertuturan

Seringkali kita mendengar kanak-kanak akan mengalami masalah pertuturan jika tidak dilatih untuk bercakap dengan betul. Ini merupakan masalah yang dirisaukan oleh mak ayah yang kadang-kadang leka apabila anak menunjukkan tanda yang perlu diberikan perhatian.

Perasan atau tidak, ada masanya anak akan suka ulang atau meniru perkataan yang disebut oleh mak ayah? Tertanya juga, adakah ini dikira sebagai masalah pertuturan atau normal sahaja?

Baca juga: Anak Autisme Jadi Doktor, Kisah Inspirasi Anaknya Dikongsikan Ibu Ini

ANAK ADA MASALAH PERTUTURAN KE KALAU SUKA TIRU MAK AYAH CAKAP?

masalah pertuturan

Menurut Puan Aishah Kassim yang sering berkongsikan ilmu mengenai masalah komunikasi kanak-kanak, ‘Ekolalia’ adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan apabila seseorang kanak-kanak mengulang atau meniru kata-kata yang didengarinya. Sebagai contoh:

Ibu: Adik nak biskut?
Adik: Biskut
Ibu: Nak makan nasi?
Adik: Nasi

Ekolalia juga boleh berlaku apabila kanak-kanak mengulang semula apa yang didengarnya pada jangka masa yang lalu. Seperti contoh, dialog dari rancangan televisyen yang ditontonnya pada waktu pagi. Namun, persoalan yang paling penting adakah Ekolalia ini normal?

Jawapannya adalah YA, tetapi dalam satu jangka masa yang terhad sahaja. Hal ini kerana menurut Cleveland Clinic, Ekolalia adalah salah satu peringkat yang akan dialami oleh kanak-kanak untuk membentuk kemahiran pertuturannya dan selalunya akan hilang apabila usia dah capai 3 tahun.

Namun, bahayanya adalah jika anak-anak ada tanda berterusan selepas umur 3 tahun. Keadaan paling biasa yang menyebabkan gejala ini ialah gangguan spektrum autisme (ASD). Kira-kira 75% orang yang didiagnosis dengan ASD mengalami ekolalia. Keadaan lain yang menyebabkan echolalia termasuk:

-Gangguan kurang perhatian/hiperaktif (ADHD)
-Kecederaan kepala
-Demensia
-Lewat perkembangan
-Sindrom Tourette
-Skizofrenia
-Tekanan dan kebimbangan
-Strok

Apakah risiko yang mungkin terjadi jika tidak merawat ekolalia?

masalah pertuturan

Foto: Verywell Family

Jika seseorang menghadapi masalah untuk berkomunikasi dengan orang di sekelilingnya, tidak merawat gejala ini boleh menyebabkan:

-Kemarahan, kekecewaan dan tekanan melampau.
-Halangan kepada pembelajaran dan pendidikan.
-Pengasingan sosial. Takut untuk bersosial.
-Kesukaran membentuk hubungan.
-Kebimbangan dan kemurungan.

*Jangan risau jika pada peringkat awal ini merupakan antara proses untuk anak-anak ingin belajar dan mengenali perkataan baharu. Namun, jika berlarutan sehingga 3 tahun ke atas mak ayah boleh bawa jumpa pakar terapi ya!

Baca juga: 15 Senarai Tadika/Pusat Terapi Seluruh Malaysia Untuk Anak Autisme & Keperluan Khas

Sumber: Cleveland Clinic, Aishah Kassim

Foto: Freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×