Famili

Cara Nak Bayi Sebut Perkataan PERTAMA, Ia Penting Sebelum Proses Bercakap Bermula!

2
SHARES

Antara proses perkembangan si kecil yang paling dinanti-nantikan oleh mak ayah adalah kebolehan untuk anak bercakap. Namun ada juga dalam kalangan mak ayah yang berhadapan dengan masalah anak lambat bercakap walaupun usia sudah mencapai tahap tertentu.

Oleh itu, jika anda tidak pasti apa yang boleh dituturkan oleh anak apabila mencapai usia tertentu, berikut merupakan perkembangan dalam kebolehan berkomunikasi si kecil berdasarkan umur. Comelnya bila dah boleh sebut ‘mama’!

Baca juga: Takwim Persekolahan Sesi 2024/2025 Bermula Mac, Ini Jadual Penuh Untuk Rujukan

ANAK LAMBAT BERCAKAP? PERHATIKAN PROSES PERKEMBANGAN IKUT UMUR INI

anak lambat bercakap

1.Baru lahir – 6 bulan

Untuk pengetahun anda, bayi sudah boleh mendengar dari hari pertama. Komunikasi pertama mereka adalah dengan menangis, tetapi tidak lama lagi akan mula menggunakan lidah, bibir dan lelangit mereka untuk membuat bunyi gelak dan bunyi vokal panjang seperti “oo,” “aa,” dan “ee”.

2. 4-6 bulan

Sekitar 4 hingga 6 bulan, tangisan bayi anda akan lebih bunyi kepada tangisan membebel. Anda akan mendengar bunyi konsonan belakang lidah, seperti g dan k, serta bunyi bibir m, w, p dan b. Bayi anda akan mula memberi tumpuan kepada perkataan biasa seperti nama mereka sendiri, atau “ibu” dan “ayah” sebagai petunjuk untuk membantu memecahkan ayat.

Sekitar usia 4 bulan, mereka boleh sebut perkataan seperti ‘Hi’ atau ‘Bye’. Menurut pakar sekitar usia mereka mencapai 6 bulan baru mereka sedar nama mereka sendiri.

3. 7-12 bulan

Omelan anak anda akan mula terdengar seperti perkataan. Mereka akan sengaja mengulang perkataan yang bebunyi seperti “gaga” berulang kali. Apabila usia mencapai 9 bulan, mereka akan mula memahami gerak isyarat, menunjuk dan merengus untuk menunjukkan keinginan mereka. Pada kira-kira 10 bulan, mereka akan mendapat lebih kawalan dan menggabungkan bunyi, walaupun menggunakan perkataan ciptaan mereka sendiri.

Dalam usia 12 bulan, mereka akan mula mengucapkan perkataan seperti: Hi, Bye, Mama, Dada, Doggy, Kitty, Cookie, Juice, Milk, Makan, Susu, Sleep, Nasi, No, Stop.

4. 13-18 bulan

Bila mencapai usia ini, mereka sudah boleh membina ayat yang ringkas seperti ‘Nak makan’, ‘Nak susu’, ‘Nak sleep mommy’. Penggunaan perkataan yang berbeza dari sebelum ini akan digunakan dan mak ayah akan dengar perkataan-perkataan yang baharu.

Mungkin juga perkataan baharu ini didengari dan dipelajari di pusat asuhan dan mereka akan terikut-ikut mengucapkan perkataan yang sama ini.

5. 19-24 bulan

Bayi anda perlahan-lahan akan mula memahami penggunaan kata kerja. Si kecil akan mula menyedari sepenuhnya bahawa anda adalah kunci bahasa mereka, mereka akan menonton dan mendengar anda, menyerap semua yang anda katakan dan lakukan.

6. 25-30 bulan

Pada masa ini, anak kecil anda sedang memperhalusi apa yang telah mereka pelajari setakat ini. Mereka akan menambah “Bila? Apa? Di mana?” dan “Mengapa?”

Inilah masanya apabila mak ayah akan penat menjawab segala pertanyaan si kecil tapi jangan bosan. Jika anak anda membuat kesilapan, ulangi ayat itu kembali dengan betul dan bukannya menarik perhatian kepada kesilapan itu.

7. 3 Tahun

Usia ini adalah situasi anak-anak paling banyak bercakap dan sudah pandai menikmati frasa-frasa yang aneh. Ada yang sudah boleh membaca perkataann yang mudah kerana mak ayah sudah mula mendedahkan si kecil dengan buku cerita.

Teruskan pembacaan buku cerita dengan lebih banyak naratif. Hal ini kerana, kanak-kanak memerlukan lebih banyak bantuan daripada kita untuk perbualan yang lancar.

8. 4-5 Tahun

Pada usia ini, anak anda sepatutnya mempunyai perbualan yang meluas dengan orang dewasa, menggunakan kata adjektif dalam ayat terperinci, memberitahu jenaka dan bersoal jawab dengan intonasi yang betul. Sebelum mencapai umur 6 tahun, mereka mungkin akan bertutur sekitar 2,500 patah perkataan sehari.

American Academy of Pediatrics mengesyorkan agar kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas ada ‘screen time’ antara dua jam sahaja setiap hari. Kanak-kanak usia ini memerlukan interaksi dan tindak balas untuk mempelajari bahasa.

anak lambat bercakap

*Seronok bukan bila si manja dan boleh bercakap? Boleh jadi teman bersembang!

Baca juga: Anak Asyik Tanya Kenapa Tak Ada Gajet Macam Kawan Sekolah, Mak Ayah Jawab Macam Ini..

Sumber: Parents.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×