Asuh

8 Faedah Membaca Bagi Kanak-kanak. Banyak Kelebihan!

291
reads
Biarkan anak 'terrorize' kedai buku dan perpustakaan

Banyak faedah membaca bagi kanak-kanak yang diabaikan oleh ibu-bapa. Apabila sibuk di tempat kerja, ramai ibu-bapa yang mengambil mudah perkara ini. Mari kita lihat kelebihannya:

1. Membaca melatih otak anak
Membaca adalah satu tugas yang lebih kompleks dari menonton televisyen. Dengan membaca, ia dapat menguatkan jalinan-jalinan di dalam otak.

2. Membaca akan memperbaiki konsentrasi anak
Membaca memerlukan anak untuk duduk dan fokus. Jika ini dipraktikkan dan menjadi rutin, ia dapat melatih tahap konsentrasi anak.

 

Mulakan pembacaan awal dengan buku bergambar

Mulakan pembacaan awal dengan buku bergambar

3. Membaca mengajar anak tentang dunia di sekelilingnya
Membaca membuka minda anak untuk mengetahui banyak perkara. Apabila membaca satu perkataan, dia mungkin bertanya pelbagai soalan.

4. Membaca akan menambah perbendaharaan kata dan meningkatkan skil bahasa anak
Membaca akan mendedahkan anak dengan perbendaharaan kata yang lebih banyak dan ini akan meningkatkan skil membaca, menulis dan bercakapnya

5. Membaca akan membina imaginasi anak
Membaca membuka dan meningkatkan imaginasi anak kerana anak suka membayangkan dan kemudian dia akan membina ayat dan pertanyaan.

6. Membaca akan banyak membantunya ketika di sekolah
Anak yang mahir membaca adalah lebih Berjaya ketika di sekolah.

7. Membaca juga adalah salah satu bentuk hiburan kepada anak
Membaca juga boleh menjadi salah satu bentuk hiburan dengan mempelbagaikan aktiviti membaca seperti puzzle, suaikan, kuiz dan sebagainya

8. Membaca boleh merehatkan anak dan menenangkannya.
Membaca memerlukan anak duduk dengan tenang. Ia dapat merehatkan minda dan juga badan.

Yang Popular

To Top