“Sejak ada baby Mikael ni, memang tak sempat nak luangkan masa untuk diri sendiri. Tengah syok membaca, ada saja kerenah Mikael. Asyik nak mintak perhatian aje. Ada tak aktiviti bersama anak yang memerlukan paling kurang perhatian. Jadi bila dia ‘busy’ dengan aktiviti dia, ibu pun dapatlah bersantai dan buat benda lain.”
Ada anak kecil memang tidak menang tangan. Perlu sediakan makanan, menyusu, tukar lampin, mandi, tenangkan bila menangis atau meragam dan banyak lagi kerja yang tidak pernah habis hingga 24 jam pun rasa tak cukup.
Sebenarnya, anda boleh lakukan aktiviti di bawah untuk mengisi masa lapang anak kecil.
Dengan ini anak akan busy dan fokus pada aktiviti-aktiviti yang dilakukan dan tidak lagi meminta perhatian 100 peratus daripada anda.
Yang syoknya, anda juga dapat menikmati masa santai.

Foto Kredit: nspcc.org.uk
5 Idea Aktiviti Bersama Anak Yang Dapat ‘Menghabiskan’ Tenaga Tanpa Memenatkan Ibu Bapa
Bukan senang nak suruh anak buat aktiviti mereka sendiri. Biasanya, mereka hanya akan bermain jika ibu bapa turut serta.
Tetapi, jika anda lakukan 5 aktiviti bersama anak ini, ia memerlukan kurang pergerakan dan perhatian.

Foto Kredit: zelenaucionica.com
1. Aktiviti outdoor
Tidak semestinya perlu ke hutan atau bukit untuk aktiviti outdoor, anda boleh lakukan di halaman rumah atau taman berdekatan.
Berada di luar, anak akan belajar mengenal banyak benda baru di persekitaran baru.
Bukan sahaja perhatiannya juga akan beralih pada benda-benda baru malah dapat mengembangkan lagi pengetahuannya.
Paling kurang, ajak saja anak bermain di halaman rumah. Anda pula boleh membuat kerja lain seperti menyapu dan menyidai pakaian.
2. Lakukan kerja rumah bersama
Ajak sekali anak turut serta membantu kerja rumah sewaktu mengemas rumah, mencuci pakaian, membasuh pinggan dan banyak lagi.
Apabila anak busy dengan aktiviti yang diserahkan, perhatiannya akan beralih daripada anda.
Aktiviti ini sedikit sebanyak dapat membantu anak menjadi lebih bertanggungjawab.
3. Bawa jumpa teman atau saudara-mara
Biasanya, anak akan teruja apabila dapat berjumpa kawan-kawan atau saudara-mara.
Lebih-lebih lagi jika ada yang sebaya dengan mereka.
Di samping itu, kita pun dapat melepaskan rindu.

Foto Kredit: actionautocypress.com
4. Tanamkan minat membaca
Jangan lokek untuk membeli bahan bacaan untuk anak anda.
Meskipun masih kecil, waktu inilah yang terbaik untuk tanamkan minat membaca.
Anak kecil mudah tertarik pada gambar-gambar yang ada dalam buku dan akan fokus pada buku ditambah pula jika anda membaca bersamanya.
Sebagai alternatif, bawalah anak-anak melawat perpustakaan. Macam-macam buku ada, persekitaran pun lebih tenang dan menyeronokkan.
5. Dedahkan pada seni kraf tangan
Selain buku, ajarkan juga kemahiran seni yang mudah pada anak seperti mewarna, melukis, membina Lego dan bermacam-macam-macam lagi.
Anak mudah leka jika diberi peluang melakukan aktiviti-aktiviti ini.
Kini, terdapat pelbagai aktiviti yang boleh anda ‘print’ daripada internet.

Foto Kredit: creativitasnadidad.com
Jangan Hadkan Aktiviti Bersama Anak
Biarkan mereka bebas explore aktiviti baru yang bukan sahaja menambah pengetahuan tetapi dapat meningkatkan kemahiran.
Apabila banyak benda baru di hadapan, maka sedikit demi sedikit mereka akan jadi independent dan tidak lagi bergantung pada anda.
Justeru itu, ibu dan ayah perlu bijak menyediakan pelbagai bahan bantuan pengajaran untuk merancang aktiviti bersama anak di samping mendidik mereka untuk belajar berdikari.