Asuh

10 Idea Aktiviti Bulan Ramadhan Untuk Anak 3 Tahun Ke Atas. Seronok!

1.3K
SHARES

“Alahai anak-anak … Bila nak masuk bulan puasa memang ‘excited’, tapi nanti mulalah lembik semacam. Sebab tulah kena ada strategi untuk buat persiapan Ramadhan kali ini.”

Tidak kiralah anak-anak yang berpuasa setengah hari atau berpuasa penuh, mereka tentu akan berasa kurang aktif di bulan Ramadhan pada siang harinya.

Ibu bapa pula akan menjadi bertambah sibuk untuk memfokuskan pada ibadah serta persiapan lain, lebih-lebih lagi menjelang Hari Raya Aidil Fitri.

Oleh itu, kami ada beberapa tips persiapan Ramadhan yang boleh dilakukan untuk memastikan anak-anak kekal ceria dan gembira, walaupun dalam keadaan berpuasa.

Foto Kredit: shababweekly.net

Foto Kredit: shababweekly.net

10 Persiapan Ramadhan Yang Boleh Buat Anak Ceria & ‘Excited’ Dalam Penat Berpuasa

1. Solat Berjemaah

Selepas pulang dari sekolah, biasanya anak-anak akan rasa letih dan memang ‘liat’ kalau disuruh solat.

Ambil kesempatan ini untuk mengajak anak solat berjemaah. Jika anak lelaki, galakkan mereka menjadi imam atau membaca doa.

Tindakan ini dapat menjadikan mereka lebih yakin diri dan bertanggungjawab.

Solat berjemaah juga dapat mengurangkan rasa malas dan letih ketika sedang berpuasa.

persiapan ramadhan

Foto Kredit: postandcourier.com

2. Mengaji Bersama Keluarga

Inilah masa yang terbaik untuk anda memulakan aktiviti mendekatkan diri dengan mukjizat Allah yang agung.

Mulakan dengan surah-surah pendek. Jangan ambil masa terlalu lama. Cukuplah dengan 1 surah pendek selepas waktu solat fardhu.

Lebih elok kalau ibu ayah dapat menerangkan maksud surah tersebut dengan menggunakan bahasa yang mudah.

3. Galakkan Anak-Anak Menderma Dan Bersedekah

Terangkan kepada mereka kenapa kita perlu memberi sebahagian daripada harta yang kita perolehi.

Mungkin sebelum ini anda selalu menderma secara senyap-senyap.

Tapi kali ini, anda boleh mengajar anak anda memasukkan sendiri wang ke dalam tabung masjid.

Kalau kreatif, cubalah buat tabung sendiri di rumah dan sedekahkan wangnya seminggu sekali. Tentu mereka lebih ‘excited’.

Boleh rujuk tutorialnya di sini: http://www.karimascrafts.com/2013/07/sadaqah-money-box-tutorial-30-days-of.html

persiapan ramadhan

Foto Kredit: karimascrafts.com

4. Berkreatif Di Dapur

Antara persiapan Ramadhan yang menjadi tradisi adalah membuat kuih raya.

Ambil kesempatan untuk mengajak anak-anak ke dapur dan turut serta pada waktu siang, tidak kiralah yang lelaki atau perempuan.

Setidak-tidaknya anak dapat meluangkan waktu melakukan sesuatu aktiviti yang tidak memenatkan. Mesti mereka bangga dengan hasil tangan sendiri.

Tapi, janganlah dimarah pula kalau biskut raya yang dibuat itu tidak menjadi. Niatkanlah aktiviti ini untuk mengeratkan hubungan dan merapatkan ukhwah.

Di sini kami ingin kongsikan cara buat biskut paling mudah dengan 3 bahan saja, memang sesuai untuk anak-anak. Ini pautannya: http://www.skinnytaste.com/healthy-cookies/

5. Bacakan Buku Tentang Ramadhan

Semakin lama, semakin banyak penerbitan ada menghasilkan buku-buku islamik dalam pelbagai bahasa.

Gambarnya pula menarik dan mudah difahami oleh anak-anak.

Antara yang menarik termasuklah Kit Seronoknya Ramadhan Oleh Little Muna’s dan juga Kit Indahnya Ramadhan Oleh Indahnya Islam.

Selain itu, banyak lagi bahan berbahasa Inggeris seperti It’s Ramadan Curious George, Lailah’s Lunchbox: A Ramadan Story, dan My First Ramadan.

Bacakanlah dengan anak-anak sementara menunggu waktu berbuka puasa.

persiapan ramadhan 2016

Foto Kredit: ismaweb.net

 

persiapan ramadhan

Foto Kredit: glimmersnaps.com

6. Sediakan Stok Aktiviti, Kraf Dan Alat Tulis

Dalam bulan puasa, anak-anak akan kurang bermain di luar kerana masing-masing berpuasa. Nak bermain dengan permainan pun malas kerana letih berpuasa.

Tapi, itu tidak bermakna mereka akan tidur dan menghadap gajet dan televisyen 24 jam.

Jadi, sediakanlah stok alat tulis agar mereka dapat melakukan aktiviti menarik seperti origami, buku skrap, lukisan, atau kraftangan. Kalau ajak mereka buat kad raya pun tentu seronok!

Rujuk di sini untuk senarai 30 aktiviti ‘printable’ menarik yang boleh dilakukan bersama anak-anak. Percuma!

http://www.karimascrafts.com/2013/08/30-days-of-ramadan-crafts-roundup.html

persiapan ramadhan

Foto Kredit: alphamom.com

7. Hiaskan Rumah

Selalunya bila tiba hari raya, barulah kita nak menghias rumah. kenapa tidak menceriakan rumah sejak bulan Ramadhan lagi?

Dengan adanya kata-kata semangat dan warna-warna ceria yang menghiasi setiap penjuru rumah, barulah kemeriahan Ramadhan lebih terasa!

Klik sini dan sini untuk merujuk untuk membuat hiasan ‘printable’ yang mudah secara DIY.

persiapan ramadhan

Foto Kredit: disneybaby.com

8. Video Dan Aplikasi Bermanfaat

Kanak-kanak zaman sekarang memang sukar dipisahkan dengan gajet.

Oleh itu, apa kata anda memberi suntikan baru dengan video dan aplikasi bermanfaat sebagai persiapan bulan Ramadhan.

Antara video yang boleh anda langgani di Youtube adalah Zaky, Alif dan Sofia, dan beberapa lagi penerbitan daripada Kid Noise Studio.

Banyak juga aplikasi yang boleh anda dapatkan melalui Google Play Store seperti Ali and Sumaya atau Arabic with Taha & Maryam.

Ibu bapa pun kena celik IT ya, supaya anak-anak tidak hanyut dengan arus teknologi. Jangan lupa, kita masih punya kuasa untuk mengawal apa yang mereka tonton.

9. Beli Persalinan Solat & Mengaji Yang Comel

Beli sejadah kecil yang comel, set telekung atau mini tudung, kopiah, jubah, atau baju Melayu.

Semua ini boleh menjadikan anak tambah bersemangat untuk beramal dan ikut ke Masjid.

persiapan ramadhan

Foto Kredit: sanayakids.com

10. Solat Di Masjid

Generasi muda sememangnya patut dialu-alukan ke Masjid.

Kita sebagai ibu bapa mampu memupuk sifat cintakan Masjid dalam diri anak-anak sejak kecil.

Jika tidak dibiasakan sejak kecil, bila lagi?

Mendidik Anak Juga Menambah Amalan Ibu Bapa

Meskipun kita sibuk mengejar amal ibadah di bulan Ramadhan, kita masih boleh memanfaatkan waktu bersama anak-anak. lebih-lebih lagi waktu siangnya.

Jika semua perkara hanya ingin dibuat selepas berbuka, maka memanglah kita akan kesuntukan masa. Anak-anak juga akan cepat berasa bosan di siang hari dan menjadi malas untuk beraktiviti.

Maka, kitalah yang bertanggungjawab membuat persiapan Ramadhan yang terbaik untuk anak-anak supaya mereka dapat memanfaatkan waktu dengan sebaik-baiknya.

Jangan lupa, melayan anak-anak juga adalah salah satu ihsan yang terbaik dan ia juga menjana pahala yang lumayan buat ibu bapa!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×