Asuh

4 Petua Didik Anak Pintar – Ibu Bapa Mesti Baca!

338
reads
4 Petua Didik Anak Pintar - Ibu Bapa Mesti Baca!

Petua Didik Anak Pintar

Siapa tidak mahu anak pintar dan soleh, mengikut cara Islam? Tidak kira anak lelaki atau perempuan, petua didik anak pintar mungkin jarang dikongsi oleh orang tua. Anak muda pula, mungkin ada yang tidak percaya dengan petua sebegini. Apa salahnya mencuba?

Jika mahu menjadi ibu-bapa cemerlang, mari kita lihat, apa antara petuanya:

Petua #1

Setiap malam, apabila anak tidur, hendaklah kita wiridkan “Ya Latif” ke ubun-ubun kepalanya sebanyak mungkin. Memadai juga 100 kali.

Petua #2

Selepas baca “Ya Latif”, bembaca Surah Al-Fatihah 1 kali dan Surah Al-Insyirah (Alam Nasyrah) sebanyak 1 kali.

Petua #3

Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan memanggil nama penuhnya. Perbualan dan percakapan itu mestilah yang berunsur nasihat, pujian dan bercerita tentang betapa kita sayang sangat pada dia. Bicara tentang kkasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang itu itu sangat berkesan pada jiwa dan rohnya.

Petua #4

Ayah dan ibu hendalah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada anak kita. Misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.

Yang Popular

To Top