Famili

6 Cara Mengeratkan Hubungan Jarak Jauh Yang Makin Hambar

1.5K
reads

Hidup ini boleh diumpamakan seperti  masakan, memerlukan rempah untuk membentuk rasa, memerlukan garam untuk perasa, memerlukan asam untuk sedikit rasa masam,dan gula untuk memberi kemanisan dalam masakan.

Tanpa bahan-bahan ini maka hilanglah keenakan masakan itu. Begitu juga dengan hidup berkeluarga, memerlukan kasih dan sayang untuk terus memekarkan kasih sayang, memerlukan senda dan gurau untuk menambahkan lagi rasa dan warna dalam rumah tangga, memerlukan sedikit pertengkaran manja untuk menjadi kenangan.

Berikut adalah 6 amalan yang dapat mengeratkan kasih sayang antara keluarga mahupun pasangan meskipun tinggal berjauhan.

Getty_H_013111_GirlTexting

Meskipun Berjauhan, Ini 6 Amalan Yang Dapat Mengeratkan Kasih Sayang

1. Sentiasa Mendoakan Mereka

Tak kiralah di mana kita berada, sentiasalah titipkan doa buat orang yang kita sayangi.

Apabila gusar, serahkanlah urusan tersebut kepada yang Maha Pencipta. Mengadulah rindu kita kepadaNya. Selain mengingatkan diri sebagai hamba, ia juga mengurangkan rasa stres akibat hubungan jarak jauh.

Percayalah, doa kita sentiasa didengari. Sesungguhnya tidak ada masalah atau situasi yang tidak dapat diubah dengan doa.

Doa ibu sangat mustajab

2. Air Tangan

Orang tua-tua selalu berkata, ‘nak ikat suami, ikatlah perut dia’. Ini adalah resepi yang mak-mak kita amalkan. Mereka jadikan air tangan masakan mereka untuk menambat hati suami mereka.

Tapi, sekarang ini lelaki pun dah ramai yang memang mahir memasak. Jadi, apa salahnya bertukar selera juga.

Walaupun masakan itu ringkas tetapi jika di masak dengan hati yang ikhlas ia tetap hidangan yang terbaik buat ahli keluarga apabila dapat berjumpa.

Kalau langsung tiada kesempatan untuk bertemu, kirimkanlah kuih-muih atau makanan yang dapat bertahan lama melalui pos atau mel udara.

Makan masakan hasil air tangan isteri sendiri (atau suami)

3. ‘Surprise!’

Kebanyakan orang amat suka perkataan ini. Berilah kejutan buat pasangan, ibubapa, kakak, abang, adik, atau saudara terdekat untuk hari-hari istimewa.

Selain itu, cubalah buat pembaharuan dalam memberi kejutan. Berilah mereka kejutan yang tidak terlintas di fikiran dan tidak semestinya hanya untuk hari-hari istimewa.

Salah satu cara paling mudah adalah dengan mengirimkan hadiah hasil kerja tangan anda seperti kraf atau lukisan. Kalau susah, beli saja hadiah secara ‘online’ dan terus dialamatkan kepada mereka.

cara memikat hati mertua

Foto Kredit: travelblog.astadala

4. Bertanya Khabar

Beri perhatian kepada orang tersayang. Luangkan masa untuk bertanya tentang aktiviti-aktiviti seharian mereka. Kongsi setiap kegembiraan dan kesedihan mereka.

Dengar keluhan mereka dan carilah jalan penyelesaian bersama. Jadilah seorang yang prihatin terhadap setiap emosi mereka.

86480117

5. Ceritakan Perkembangan Anda

Selain bertanya khabar, anda juga perlu menceritakan perkembangan diri anda dan peristiwa penting dalam hidup anda untuk mengeratkan kasih sayang. Lebih elok, hantarkan gambar terbaru anda dan anak-anak dari semasa ke semasa.

Contohnya, eloklah kalau anda memberitahu ibu jika anda berjaya lulus dengan cemerlang, dapat naik pangkat, atau nak ubah hala bisnes. Walaupun mereka mungkin tidak berapa faham, tetapi tindakan ini dapat membawa keredhaan ibu.

Apabila mendapat keredhaan ibu atau pasangan, Insha Allah semuanya akan menjadi lebih mudah.

Upload gambar bayi baru lahir

Foto Kredit: imore.com

6. Rancang Percutian Bersama

Bagi anda yang bekerja, stress kerja kadang kala mempengaruhi hubungan dalam rumah tangga. Hal pejabat terbawa-bawa sehingga ke rumah sehingga menyebabkan komunikasi sering terganggu.

Maka, rancanglah untuk bercuti sekali sekala supaya dapat mengeratkan hubungan.

Di samping itu, banyak perkara dan pengalaman indah yang dapat anda lalui dengan percutian ke tempat baru.

Foto Kredit: datingdivas.com

Foto Kredit: datingdivas.com

Kena Kreatif Harungi Cabaran Hidup Berjauhan

Jadikanlah hari-hari yang anda lalui penuh dengan kebahagian walaupun tinggal berjauhan.

Manusia itu diciptakan dengan akal dan fikiran. Jadilah manusia yang kreatif untuk mengeratkan kasih sayang setiap hari.

Tidak salah menjadi individu yang berbeza sekali sekala untuk menggembirakan orang yang tersayang!

 

Yang Popular

To Top