Famili

16 Cara Memuaskan Diri Sendiri Tanpa Pasangan Atau Kawan

5.5K
reads
Cara memuaskan diri sendiri

Maaf, ini bukan lucah. Ramai yang akan fikir negatif bila berkata tentang ‘puas‘. Jangan sempitkan fikiran, ‘puas‘ itu ada banyak cara. Maksudnya, untuk memuaskan diri sendiri, kita tidak semestinya perlukan orang lain untuk menggembirakan kita.

Contohnya, bila gembira, saya raikan dengan makan makanan kegemaran saya iaitu coklat.
Bila tertekan, saya akan mencari makanan yang dapat kurangkan stress saya, iaitu coklat.
Bila saya berjaya menyiapkan artikel sebelum tempoh deadline, tempat pertama saya tuju adalah dapur untuk mencari makanan.

Cara memuaskan diri sendiri

Foto Kredit: gg2.net

Memang saya suka meraikan apa sahaja suasana dengan makan. Bagi saya , itu cara saya memberi reward untuk diri sendiri.

Pasti ada juga di luar sana sama seperti saya, bukan?

Bagi saya, tidak salah memberi reward pada diri sendiri , namun sesekali kita perlu memberi cabaran pada diri dengan membuat sesuatu yang berlainan. Bila ada variasi, baru ada umpphhh dalam kehidupan.

Cara memuaskan diri sendiri

Jom, tengok apa yang boleh kita beri reward pada diri sendiri.

1. Beli dan baca buku “Top Seller”

Banyakkan membaca buku & menimba ilmu

Banyakkan membaca buku & menimba ilmu

Kalau tak suka membaca, bawa-bawa kepada minat membaca. Tak rugi kalau addicted dengan membaca. Ia sebenarnya merangsang minda kita, bagaikan dari satu ‘movie‘.

2. Manjakan badan dengan urutan/spa. Jika berani boleh juga berbekam.

Sesekali, manjakan diri sendiri. Barulah rasa dihargai. Kalau tiada orang mahu hargai diri kita, kita hargai diri kita sendiri.

3. Beli pakaian baru

Tak perlu yang mahal-mahal. Asalkan cantik dan sepadan, itu sudah memadai.

4. Keluar bersama kawan-kawan

Ok, ini exception. Keluar sendiri-sendiri pun boleh. Cuma, kalau pergi minum sambil huha-huha dengan kawan sekepala memang best. Stress pun hilang. Boleh duduk berjam-jam dengan segelas air teh.

5. Potong rambut mengikut gaya yang belum pernah dibuat lagi

Ada berani? Cuma jangan pula sampai botak licin!

6. Cuba resipi baru

Lobster Air Tawar

Foto Kredit: wallpaperscraft.com

Kunjungi blog blogger popular seperti azlitamasamanis.com dan Mat Gebu. Jika selalu sangat masak masakan kampung, apa kata cuba western food.

Kalau mahu kompilasi dan variasi, juga boleh kunjungi myresipi.com dan kongsiresepi.com

7. Window shopping

Mula-mula, window shopping dulu. Kalau dah berkenan, baru sambar.

8. Tambah aksesori gajet seperti handphone/tablet

Kalau bosan dengan cover lama, tukarlah cover baru.

9. Serikan rumah dengan bunga segar

Ini terapi yang sangat berkesan. Seronok bila tengok pokok yang kita tanam membesar. Bila ada bunga, tentu rumah pun wangi.

Seperkara lagi, bukan bunga sahaja, tanam sayur pun boleh juga.

10. Pergi bercuti

Kalau berani, bolehlah backpacking sorang-sorang. Ramai orang kata, backpacking lagi best dari guna travel agent. Ini juga tak perlu jauh-jauh. Bak kata Tourism Malaysia, “Dekat Je”

11. Daftar diri untuk kursus kemahiran

Tidak semestinya yang dalam kelas yang formal. Cuba kursus kulinari atau fotografi.

12. Bertanya khabar kawan-kawan lama yang lama tidak bertemu

Cuba scroll contacts Whatsapp. Selalu kita nampak nama dia dalam group, tapi tak pernah tegur. Apa kata beranikan diri PM dia. Kita tengok apa yang akan jadi.

13. Buat manicure/pedicure

Sesuai untuk perempuan yang mahu sentiasa kelihatan cantik luar dalam.

14. Luangkan masa bersama ibu bapa

7 Cara Menghargai Ibu Bapa Ketika Mereka Masih Hidup

Sejuk hati!

Tengok muka mak pun dapat pahala tau! Cuma harus diingat, kita juga kena tahu cara menghargai ibu-bapa selagi mana mereka masih hidup.

15. Cari hobi baru

Seronok bila tengok orang ada hobi kan? Hujung minggu, mesti dia busy. Apa kata kali ini, kita join dia pula.

16. Tengok wayang/karaoke

Siapa kata sorang-sorang tak boleh? Tebalkan sahaja muka. Bukannya ada orang nampak pun!

Boring juga kalau asyik raikan dengan makan. Kadang-kadang sampai tak tahu nak makan apa. Sekurangnya dengan mencuba salah satu daripada 16 cara ini juga dapat dijadikan reward pada diri sendiri kerana berani keluar dari comfort zone.

Bagaimana dengan anda? Apakah cara anda memujuk, memuaskan, menghargai dan menyayangi diri sendiri?

Kongsikan dengan saya di ruangan komen.

Yang Popular

To Top