Percutian

7 Sebab Kenapa Backpacking Lebih Baik Dari Guna Travel Agent.

156
reads
7 Sebab Kenapa Backpacking Lebih Baik Dari Guna Travel Agent.

Kenapa Backpacking Lebih Baik?

Kami tidak kata pergi melancong dengan travel agent itu tidak bagus. Dari sudut pandang lain, khidmat travel agent sangat-sangat bagus, lebih-lebih lagi untuk keluarga yang ada anak kecil. Juga yang baru pertama kali, kami galakkan pergi dengan travel agent kerana mereka lebih tahu selok-belok di sana.

Kenapa kami kata backpacking itu lebih baik?

Tidak kisah samada solo atau berkumpulan, banyak sebab kenapa backpacking itu lebih adventure. Bagi sesiapa yang suka surprise, kami galakkan anda cuba pengalaman backpacking.

1. Lebih Bebas

Tidak perlu terikat pada jadual atau itinerary yang telah disediakan. Bila terlalu rigid, sudah tidak seronok. Kita sendiri sesuka hati buat keputusan untuk tinggal beberapa lama di sesuatu negara. Fleksibel bukan? Tidak perlu ikut kata penganjur setiap masa.

2. Lebih Jimat

Sudah tentu sekali lebih menjimatkan jika merancang dengan teliti. Ramai orang gunakan travel agent kerana malas mahu fikir tentang tiket, hotel dan makan. Backpacking tidak semestinya tidur di hotel. Asalkan selesa dan boleh solat, itu sudah cukup.

3. Lebih Nikmat

Jika ikut tour dari travel agent, tempat yang ingin kita lawati sudah ditetapkan. Biasanya, lokasi dan destinasi tersebut ialah yang selalu kita lihat dalam pamphlet. Jika baca di Internet, hanya tempat itu sahaja. Ah, terlalu mainstream.

Bayangkan jika kita pergi ke satu destinasi yang jarang orang tahu. Bagaimana perasaan kita pada masa itu?

4. Lebih Rapat

Kenal lebih ramai manusia dari pelbagai bangsa dan agama. Backpacker tidak tinggal di hotel bukan kerana tidak mampu. Mereka mencari pengalaman yang lebih. Yang lebih enriching. Tinggal di hostel (bukan hotel) atau bilik besar yang dikongsi bersama membolehkan mereka berkomunikasi dan mengenali antara satu sama lain.

5. Lebih Terbuka

Ya, minda yang lebih terbuka. Apabila disogokkan dengan kehidupan tipikal di Malaysia, kita jadi janggal bila berada di negara lain. Katakan berada di negara lain, kita singgah solat di masjid. Mungkin mereka ada cara yang lain dari kita, Mazhab Shafiee. Pengalaman sebegini hanya akan kita kutip jika keluar dari kempompong yang biasa.

6. Lebih Sihat

Bawa beg besar di belakang? Itu sudah tentu. Bila banyak berjalan, itu lebih sihat. Tidak perlu ke gimnasium lagi. Bila badan sihat, otak cergas. Tambah lagi dengan pengalaman baru. Pasti itu akan mencorakkan diri kita menjadi seorang yang baru bila kembali ke tanahair. Cara kita melihat dunia juga pasti berbeza.

7. Lebih Masa

Ini yang paling penting. Ramai orang yang stress dengan kerja. Stress, masih lagi kena pergi kerja. Lagi stress dibuatnya. Ada orang yang berani berhenti kerja semata-mata mahu travel dan melihat dunia dari perspektif berbeza.

Jika tidak berhenti sekalipun, masa inilah yang sesuai untuk manjakan diri, berikan diri sendiri lebih masa. Renung hidup kita. Renung masa depan kita. Renung apa yang telah kita sumbangkan pada dunia ini.

Peluang Untuk Berdakwah

Berdakwah tidak semestinya pada orang Islam sahaja. Kita wajib berdakwah pada yang bukan Islam. Dan berdakwah bukan sahaja di Malaysia. Sambil lihat suasana negara luar dan lihat kesan Islam pada zaman silam, akan terbit rasa insaf dan ingin memperbanyakkan amalan kita. Jangan pula pergi backpacking untuk buat maksiat! Nauzubillah.

 

Bagaimana mahu dapat informasi lanjut tentang backpacking?

Terlalu banyak Facebook group dan Facebook page yang berkongsi tips masing-masing. Antaranya ialah Backpackers Buddies Malaysia (BBM), Malaysian Backpackers Club (MBC) dan banyak lagi.

Kongsikan dengan kami jika anda tahu mana-mana grup yang boleh beri nilai tambah dalam perkongsian maklumat tentang backpacking.

 

Backpacking Masjid?

Bagaimana jika ada kumpulan yang mahu buat Backpacking Masjid, iaitu melawat masjid-masjid di seluruh dunia?.

Objektifnya ialah mendekatkan diri dengan Islam. Bukan semata-mata mahu melawat tempat menarik di sana, kerana itu ialah perkara kedua. Perkara pertama ialah solat tahiyatul masjid, solat 5 waktu di masjid yang ditemui dan berkenal-kenalan dengan ahli qariah masjid. Dokumentasikan pengalaman di sana.

Tiada komersil. Tiada penaja. Hanya sendiri-sendiri.

Ada yang mahu sertai? Sekadar mengumpul survey, jika ada, sila email ke hello@siraplimau.com

Selamat ber-backpacking!

Yang Popular

To Top