Asuh

Nampak Selamat, Tapi Ini 5 Sebab Bayi Tak Boleh Pakai Sarung Tangan Terlalu Lama

9K
SHARES
pakai sarung tangan bayi

“Rimaslah tengok anak bersarung tangan ni. Bolehkah ditanggalkan? Kenapa perlu pakai sarung tangan bayi? Lagipun sekarang ni cuaca panas, kenapa perlu pakai ‘mittens’ dan ‘booties’ semua?”

Memang nampak comel dan selamat apabila pakai sarung tangan bayi. Benar, bayi tak dapat mencakar muka, tak menghisap jari.

Namun, tahukah anda sebenarnya ada kesan yang tidak elok jika memakainya secara berlebihan?

pakai sarung tangan bayi

Foto Kredit: australianmade.com.au

5 Sebab Jangan Pakai Sarung Tangan Bayi Terlalu Lama

Berapa lama tempoh pakai sarung tangan ini sebenarnya tidak ditetapkan oleh doktor mahupun pakar kanak-kanak.

Namun, seelok-eloknya, bayi tidak lagi mengenakan sarung tangan bayi atau ‘mittens’ setelah mencapai usia 2 bulan.

Itupun perlu ditanggal selalu. Ada sebab mereka tidak menggalakkan pakai sarung tangan bayi ini.

Antaranya:

1. Bayi Menggunakan Tangan Untuk ‘Merasa’ Persekitarannya

Di awal kelahirannya, mata bayi tidak begitu sensitif dan tidak dapat melihat seperti pandangan mata orang dewasa.

Malah, bayi sendiri tidak tahu bahawa mereka mempunyai 2 belah tangan yang boleh digunakan.

Dengan deria sentuhan melalui jari, bayi akan dapat merasakan persekitarannya dengan lebih baik serta belajar mengetahui fungsinya dengan lebih awal.

pakai sarung tangan bayi

Foto Kredit: momtastic.com

2. Membantutkan Kemahiran Memegang

Dengan melihat dan merasa tangannya, bayi akan dapat menggunakan tangan dan jarinya dengan lebih kerap.

Menurut Frans Plooij, Ph.D, bayi seawal 2 bulan sudah boleh menggenggam barang yang kecil dan ringan jika dirangsang dengan baik.

Malah, bayi sebenarnya amat berminat dengan tangan sehingga mereka menjadi ‘kagum’ dan ‘asyik’ bermain dengannya.

Tetapi, jika bayi tidak nampak apa yang boleh dilakukan oleh tangannya, tentu dia tidak akan tertarik dengan kebolehan ini.

4 Aktiviti Untuk Bayi Usia 0-6 Bulan. Main Bersama!

Foto Kredit: babymagz.com

3. Meneroka Kemampuan Makan Bayi

Tiada masalah sebenarnya jika bayi anda suka memasukkan tangan ke dalam mulut.

Ini adalah perkara normal yang dapat membantu meningkatkan eksplorasi terhadap ‘gag reflex’ yang merangsang kebolehannya untuk makan apabila mencecah umur 6 bulan.

Menurut Dr Yanti, walaupun kelihatan seperti mahu muntah, ‘gag reflex’ akan semakin ke belakang apabila meningkat usia.

Sebenarnya tindakan ini akan menyediakan bayi untuk menghadapi proses makan ‘solid food’ kelak. Cuma perlu dipastikan tangan bayi berada dalam keadaan bersih ya!

pakai sarung tangan bayi

Foto Kredit: kidssurgeons.com

4. Kebersihan Lebih Mudah Dijaga

Tentu anda perasan bayi baru lahir selalu menggenggam tangannya, kemudian ditutup lagi dengan sarung tangan bayi.

Ia mampu menyebabkan haba terkumpul dan seterusnya berpeluh.

Lebih awal anda membuka sarung tangan bayi, lebih awal bayi akan membuka ‘genggaman tersebut’.

Kadangkala ada kulit-kulit yang terkupas, ruam, dan ada daki akibat berpeluh.

Oleh itu, menanggalkan sarung tangan lebih awal dapat membantu menjaga kebersihan yang lebih optimal.

pakai sarung tangan bayi

Foto kredit: mamashealth.com

5. Bayi Boleh Belajar Melindungi Diri

Ya, mungkin ada yang akan mencederakan mukanya sendiri jika tidak pakai sarung tangan bayi.

Namun, perbuatan ini juga dapat mengajar bayi untuk merangsang tindakan lain seperti refleks kerdipan mata untuk melindungi dirinya.

“Apapun alasan pemakaian sarung tangan tentulah hak ibu bapanya. Kalau bimbang bayi mencakar muka, sebaiknya kuku dipotong dengan lebih kerap, bukan dengan memakaikannya sarung tangan. Meraba, memegang, dan melatih gerakan jari perlu dilakukan bayi sejak kecil lagi kerana ia adalah proses perkembangan yang penting,” jelas Dr Geller melalui laman web BabyCenter.

Biasanya masalah ini tidak serius dan bayi tidak akan mencakar lagi jika tahu bahawa perbuatan ini akan menyakitkannya.

pakai sarung tangan bayi

Foto Kredit: babycaredaily.com

Tidak Salah Jika Bayi Pakai Sarung Tangan

Jika bayi anda selalu mencakar, pastikan anda mencari jenis yang berlubang-lubang atau nipis, sesuai dengan cuaca panas di Malaysia.

Semasa anda berada bersama mereka, tidak perlulah pakai sarung tangan bayi supaya mereka dapat merasa jari-jemari mereka.

Pastikan anda selalu trimkan dengan penghalus kuku untuk mengelakkan sudut yang tajam pada kuku selepas dipotong.

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×