Bayi berusia tujuh bulan biasanya sudah mula pandai meminta makanan. Pantang nampak pinggan di hadapan mata pasti sudah mencapai. Sejak umur 6 bulan, anda sudah boleh memperkenalkan makanan tambahan kepada diet bayi selain susu ibu atau susu formula.
Ini kerana, pada usia ini usus bayi sudah boleh menerima makanan tertentu dan diet bayi yang betul akan menambahkan khasiat yang membantu tumbesarannya.

Foto Kredit: momjunction.com
7 Makanan Berkhasiat Untuk Menu Diet Bayi 7 Bulan
Walaupun kita teruja untuk memberi bayi bermacam-macam makanan, ada kalanya rasa kekeringan idea juga untuk merancang menu diet bayi.
Sebagai cadangan, anda boleh cuba berikan bayi 7 bulan makanan seperti:
1. Puri buah-buahan
Hancurkan buah-buahan yang lembut seperti pisang, mangga, pic atau ‘plum’. Buah-buahan adalah makanan yang terbaik untuk bayi seusia ini.
Ianya juga mudah dihadam dan boleh dibuat jus. Lebih elok kalau anda tidak menambahkan sebarang gula ke dalam puri atau jus tersebut.

Foto Kredit: oaktreenursery.org.uk
2. Sayur-sayuran
Rebus lobak merah, kacang pea, ubi kentang dan keledek dan hancurkan. Sayuran jenis ini adalah antara sayuran yang paling mudah untuk diterima oleh bayi berbanding sayuran berdaun atau sayuran jenis pahit sedikit.
Tambah air atau susu agar mudah anak makan. Sayur-sayuran memberi vitamin C yang diperlukan untuk sistem imunisasi bayi.
3. Kombinasi buah dan sayuran
Kalau anda terasa bosan dengan satu jenis makanan saja, cubalah kombinasi beberapa jenis buah-buahan atau sayuran.
Contohnya anda boleh menggabungkan labu dan epal. Caranya, campurkan satu sudu labu rebus yang sudah ditumbuk bersama epal yang sudah dihancurkan. Tambahkan sedikit air untuk memudahkan bayi menelannya.
4. Kuning telur
Mungkin ada orang dewasa yang tak sukakan kuning telur kerana risaukan kolestrol yang tinggi. Tapi, sebenarnya ia baik untuk bayi.
Rebus telur dan berikan bahagian kuning telur pada bayi. Kuning telur membantu meningkatkan perkembangan otak bayi.

Foto Kredit: berkleys.com
5. Bubur oat
Asyik makan bubur nasi, sekali-skala bolehlah cuba bubur oat pula.
Rebus oat sehingga menjadi bubur. Tambahkan hirisan pisang, epal, strawberi dan sedikit gula untuk menyedapkan bubur .
Oat adalah sumber terbaik untuk zat besi.
6. Keledek manis
Rebus keledek hingga lembut. Anda boleh campurkan sedikit daging ayam. Gabungan makanan ini menambahkan lagi protein dan zat besi.
Kalau ada lebih, anda boleh simpankan keledek kisar yang belum dicampurkan apa-apa ke dalam peti sejuk atau ‘freezer’.

Foto Kredit: frugalfanatic.com
7. ‘Fruity cream cheese’
Bukan sedikit orang yang sukakan perasa keju dalam setiap makanan, termasuklah bayi.
Kadang-kadang, kalau disuapkan kek keju pun, bayi suka sangat! Untuk alternatidf yang sihat, masukkan tiga susu ‘cream cheese’ dan kisar hingga halus dengan pengisar.
Tambah isi mangga, strawberi, atau apa-apa buah. Kemudian, kisar sekali lagi. Sedapnya!

Foto Kredit: healthyfoodhouse.com
Pelbagaikan menu diet harian bayi
Anda perlu perkenalkan makanan dengan pelbagai warna dan tekstur pada bayi.
Tidak perlu banyak, memadai satu hingga dua suapan sahaja.
Ini kerana menurut kajian, bayi yang kurang mendapat pendedahan sebegitu, bakal membesar sebagai anak yang cerewet dalam pemakanan.