Asuh

Selain Menangis, Ini 7 Cara Bayi Berkomunikasi Dengan ‘Body Language’

561
SHARES
purchasefamilymag.com

“Apasal dengan Anas ni, dari tadi asyik pegang telinga dia sampai merah dah jadinya. Tengok tak ada apa pun kat telinga si kecil ni. Mesti ada yang tak kena ni. Nak bercakap, kita manalah faham bahasa tubuh bayi. Apa nak buat ni?”

Bukan mudah untuk mengetahui perasaan bayi kerana masih kecil dan tidak pandai bercakap. Biasanya bayi akan meluahkan melalui tangisan.

Jadi bagaimana nak tahu apa yang dirasai oleh bayi?

Lihat pergerakan yang dilakukan sewaktu menangis dan ketawa. Dari situ anda boleh mengetahui kehendaknya.

proses bayi merangkak 2

Foto Kredit: walmart.com

Selain Menangis, Ini 7 Bahasa Tubuh Bayi Yang Anda Perlu Fahami

Walaupun belum boleh boleh berkata-kata, mereka sebenarnya mampu mengisyaratkan sesuatu melalui bahasa tubuh bayi.

Jadi, mari kita cuba memahaminya.

purchasefamilymag.com

1. Menendang kakinya

Ia mungkin bermakna: Bayi sedang merasa gembira dan seronok dengan keadaannya. Menendang-nendang kaki adalah salah satu cara menunjukkan yang bayi sedang gembira.

10 Cara Hilangkan Ruam Lampin Bayi. Petua & Tips Mudah!

Foto Kredit: huffingtonpost.com

2. Melengkungkan badan

Ia mungkin bermakna: Bayi sedang dalam kesakitan atau rasa tidak selesa. Jika bayi melengkungkan badannya sewaktu menyusu, segera tukar kedudukan bayi agar dia selesa.

bahasa tubuh bayi 2

Foto Kredit: thestir.cafemom.com

3. Menghantuk kepala

Ia mungkin bermakna: Bayi meragam, rasa tak selesa atau dalam kesakitan. Jika bayi sering lakukan perbuatan ini dan dalam tempoh yang lama, segera bawa berjumpa doktor.

4. Memegang telinga

Ia mungkin bermakna: Bayi sedang dalam mood gembira. Namun jika menangis sambil memegang telinga, bermakna dia dalam proses tumbuh gigi dan kurang selesa. Periksa telinga jika bayi sering memegang telinganya dengan kerap kerana ditakuti adanya jangkitan kuman di situ.

bahasa tubuh bayi

Foto Kredit: parents.com

5. Menggenggam tangan

Ia mungkin bermakna: Ia adalah perbuatan normal yang sering dilakukan oleh bayi. Tapi ia juga petanda yang dia sedang lapar atau dalam keadaan stress. Pastikan bayi diberi makan dan perhatian.

pakai sarung tangan bayi

Foto Kredit: kidssurgeons.com

6. Mengangkat lutut

Ia mungkin bermakna: Bayi ada masalah pencernaan, perut tidak selesa, sembelit ataupun kentut. Ambil bayi dan urut badannya dengan perlahan agar lebih banyak angin dapat keluar melalui sendawa mahupun kentut. Jika anda menyusu, kurangkan pengambilan makanan yang boleh menyebabkan angin dalam badan.

cara mengurut bayi

7. Tangan terangkat-angkat

Ini mungkin bermakna: Reaksi bayi yang alert pada bunyi dan persekitaran. Bayi baru lahir memang mudah terganggu pada sebarang bunyi dan mengangkat tangan adalah respon yang normal.

pakai sarung tangan bayi

Foto Kredit: momtastic.com

Pentingnya Memahami Bahasa Tubuh Bayi

Bukan mudah memahami apa yang dirasai dan diinginkan oleh bayi, namun jika tahu pergerakan yang dilakukan, dengan mudah anda memahami apa yang ingin disampaikan oleh bayi.

Jika diperhatikan, ternyata mereka memang mempunyai cara tersendiri untuk berhubung dengan kita.

Rugilah kalau tak dapat memahami bahasa mereka, bukan?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×