Asuh

Kenapa Anak Lambat Bercakap? Tingkatkan Kemahirannya Dengan 7 Tips Berkesan

311
SHARES
kenapa anak lambat bercakap

“Risau betul dengan Suria ni. Dah nak masuk tiga tahun tapi masih tak boleh bercakap lagi. Kalau nak bandingkan adik-beradik lain, tak sampai setahun sudah pandai berjalan. Bijak pun bijak cuma lambat pula nak belajar bercakap”

Siapa tak risau kalau anak lambat bercakap sedangkan pada usia seawal dua tahun, sepatutnya sudah boleh bercakap antara 20 hingga 200 perkataan dan sebaik mencecah umur tiga tahun, sudah menguasai lebih 1,000 patah perkataan.

Seawal kelahiran, bayi perlu didedahkan dengan komunikasi. Meskipun hanya one-side communication, bayi sebenarnya lebih mudah menguasai bahasa dan semakin hari, semakin tinggi kemahirannya.

Speech Therapy di Malaysia

Foto Kredit: purchasefamilymag.com

Kenapa Anak Lambat Bercakap?

Menurut sumber daripada laman web doktorbudak.com, penyelidik masih belum dapat mengenalpasti punca atau penjelasan untuk kelewatan ini.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa persamaan ciri anak lambat bercakap yang mereka temui:

  • mempunyai sejarah ahili keluarga lain yang lewat bercakap
  • anak lelaki
  • dilahirkan dengan kurang berat badan, atau
  • dilahirkan sebelum 37 minggu dalam kandungan (pra-matang)
bayi cepat bercakap

Foto Kredit: popsugar.com

Bimbang Anak Lambat Bercakap? Tingkatkan Kemahirannya Dengan 7 Tips Berkesan

Untuk menjadikan sesi perbualan dengan anak lambat bercakap agar lebih menarik, boleh cuba lakukan langkah-langkah di bawah bersamanya.

1. Guna bahasa tubuh

Ada ibu bapa di Amerika yang mengajar anaknya ‘sign language’ sejak kecil lagi untuk memudahkan mereka mengetahui apa yang ingin anak bualkan sedangkan anak-anaknya normal.

Melalui gesture misalnya meletakkan makanan pada mulut menandakan “nak makan”, anak dengan mudah mengaitkan perbuatan itu dengan perkataan.

kenapa anak lambat bercakap

Foto Kredit: unikassa.ru

2. Baca dan berbual

Biasakan baca buku bersama anak. Sambil membaca, latih kemahiran komunikasi dengan bertanya soalan padanya dan beri anak masa untuk menjawab.

Anak lambat bercakap tidak semestinya tidak memahami apa yang kita katakan.

rp_cara-anak-cepat-membaca.jpeg

3. Kerap bercakap

Kerap bercakap dapat meningkatkan penguasaan bahasa pada otak anak.

Setiap hari anak dapat banyak perkataan baru. Dengan ini, anak akan seronok untuk berbual-bual juga dengan anda meskipun perkataan yang diguna ada masanya sukar difahami.

Bagaimana menggalakkan anak membaca

4. Jangan sekat perbualannya

Jika anak cuba berbual dengan anda melalui bahasanya yang tersendiri, jangan marah atau sekat perbualan tetapi tunjukkan minat dan berusaha mendengarnya.

Ini membantu menaikkan semangat anak untuk terus bercakap.

Elakkan daripada menyuruhnya diam, walaupun anda sedang sibuk melakukan sesuatu.

kenapa anak lambat bercakap

5. Luangkan masa bermain bersama

Jadikan sesi bermain satu sesi yang wajib setiap hari. Kalau boleh, main permainan interaktif yang memerlukan interaksi serta kemahiran.

Ini dapat mengasah lagi pertuturan anak di samping meningkatkan perkembangan kemahiran.

bermain membantu bercakap dengan anak

6. Libatkan anak dalam aktiviti rumah

Misalnya sewaktu anda memasak, libatkan anak bersama dengan memperkenalkan bahan-bahan masakan yang digunakan atau peralatan di dapur.

Ini akan meningkatkan lagi penguasaannya dalam perkataan.

Semasa bercakap, selitkan kata sifat yang membantunya memperkayakan perbendaharaan kata, seperti – sayur hijau, cili pedas, atau sudu besi.

anak lambat bercakap

7. Sediakan teman permainan

Anak akan mudah bercakap apabila punya teman untuk bermain bersama-sama.

Meskipun penguasaan perkataan akan terhad, namun ia akan merangsang anak untuk lebih bercakap.

Maka, anda boleh memperkenalkan anak kepada rakan sebaya dengan membawanya mengunjungi kawan-kawan anda yang mempunyai anak kecil.

Jika tiada, anda digalakkan menyertai ‘playgroup’ yang aktif di sekitar kawasan anda.

tadika

Ibu Bapa Perlu Bantu Mereka Secara Positif

Ibu bapa memainkan peranan yang betul dalam meningkatkan kemahiran bercakap pada anak-anak.

Semakin banyak kita bercakap pada mereka, semakin tinggi penguasaan anak dalam kemahiran bercakap.

Namun, kita perlulah mendidik mereka dengan sabar dan jangan pula menekan mereka atau menjadi pengkritik yang tidak diundang.

Ini mungkin akan mematahkan semangat mereka hingga berasa malu dan tidak mahu mencuba lagi.

Jika anak anda sudah terlalu ketinggalan berbanding perkembangan normal, maka rujuklah pada ‘speech therapy’ yang dapat membantu memberi terapi khusus bagi masalah ini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×