Famili

Canggihnya! Boleh Guna Apps Untuk Tahu Kenapa Bayi Menangis

188
reads

Ramai pasangan yang baru mendapat zuriat pertama semestinya masih berasa kekok  tidak tahu apa perlu dibuat dengan tangisan bayi yang berpanjangan.

Malah, wanita lepas bersalin dan sedang berpantang cenderung berasa tertekan, emosional, dan marah apabila buntu mengenalpasti punca bayi yang tidak berhenti-henti menangis.

Menerusi saluran Youtube AJ+ Video, sekumpulan saintis berusaha menangani masalah ini dengan menghasilkan sebuah aplikasi telefon pintar untuk mengenalpasti punca tangisan bayi. Aplikasi yang dihasilkan di Taiwan ini diberi nama ‘Infant Cries Translator’.

 

Bagaimana Aplikasi ‘Infant Cries Translator’ Ini Berfungsi?

Aplikasi ‘Infant Cries Translator’  yang boleh dimuat turun pada semua jenis android ini akan merekodkan tangisan bayi selama 10 saat. Kemudian ia akan membandingkan tangisan ini dengan tangisan bayi yang diuji untuk mendapatkan persamaan daripada corak tangisan.

Seterusnya, ia akan menterjemah sama ada mereka menangis disebabkan lapar, letih, sakit, atau lampin yang basah.

 

Kadar Ketepatan 92%

Para pengkaji mengambil masa 2 tahun untuk merekodkan serta menganalisis 200,000 tangisan yang diambil daripada 100 orang bayi.

Menariknya, pemaju aplikasi tersebut mendakwa  ianya mempunyai kadar ketepatan 92% bagi bayi yang berusia bawah 2 minggu. Ini kerana, semakin besar seseorang bayi, tangisan mereka akan menjadi lebih kompleks untuk diterjemah.

Memanfaatkan Teknologi

Walau apa pun, setiap usaha seperti ini tentunya akan mendapat pujian serta kecaman daripada pihak tertentu. Yalah, kalau difikir-fikirkan, ibu bapa sepatutnya belajar memujuk dan mengetahui  punca bayi menangis ini daripada pengalaman demi pengalaman, bukannya merujuk kepada aplikasi telefon pintar!

Tetapi, sebagai manusia kita sepatutnya menghargai usaha mereka untuk menyumbang ke arah sesuatu yang bermanfaat dan memudahkan kehidupan harian.

Mungkin ramai yang menganggap teknologi meletakkan jurang dalam perhubungan manusia. Namun, jika digunakan dengan betul, ia juga mampu merapatkan hubungan bukan?

Yang Popular

To Top