Asuh

Lihat 6 Kesan Ini Apabila Tambah Nutrisi Bayi Dengan Buah Delima

514
SHARES
buah delima pada bayi

Bolehkah beri buah delima pada bayi? Boleh, kalau bayi anda sudah masuk enam bulan.

Tapi, kenapa buah delima? Banyak sungguh buah tempatan yang senang nak dapat berbanding buah delima. Sudahlah harganya mahal. Lagipun, sesuai ke untuk bayi usia ni makan buah delima?

Buah delima kaya dengan pelbagai khasiat dan telah menjadi penawar sejak sekian lama kepada pelbagai jenis penyakit. Bukan itu saja, buah delima adalah salah satu daripada makanan sunnah yang turut disebut dalam Al-Quran.

buah delima pada bayi

Foto Kredit: bestrightway.com

6 Kesan Yang Dapat Dilihat Kalau Beri Buah Delima Pada Bayi

Ia sangat bagus untuk bayi namun lebih disarankan pada bayi berusia enam bulan ke atas mengambil buah delima dalam bentuk jus.

Selain kaya dengan antioksida, ia juga:

1. Melindungi daripada penyakit

Antaranya mineral, vitamin C, vitamin E, zat besi, folate, fiber, potasium dan vitamin B Kompleks.

Semua nutrisi ini membunuh radikal bebas dan molekul oksigen yang tidak seimbang dalam badan bayi secara tak langsung melindungi bayi daripada mudah dijangkiti penyakit.

buah delima pada bayi

Foto Kredit: momjunction.com

2. Mengubati radang

Kandungan enzim dan biokimia yang ada dalam buah delima mengurangkan masalah radang dengan membunuh jangkitan bakteria.

3. Atasi masalah pencernaan

Bayi memang mudah mengalami masalah pencernaan kerana sistem perkumuhannya masih belum berkembang sepenuhnya. Dengan meminum jus delima, masalah ini dapat diatasi.

Jus delima juga bagus untuk merawat muntah-muntah dan sembelit.

Jika bayi belum mampu memegang cawan, salah satu cara ialah dengan memberinya melalui ‘syringe’.

Foto Kredit: redorbit.com

Foto Kredit: redorbit.com

4. Membunuh cacing

Masalah cacing memang sering dihidapi oleh bayi. Ia biasanya berkumpul dalam usus dan berkongsi nutrisi yang diterima oleh bayi.

Jus delima menghapuskan cacing-cacing ini dari terus berkumpul dalam usus kecil dan besar.

5. Mengawal demam

Jika bayi demam, segera beri anak minum jus delima kerana ia menurunkan suhu yang panas.

Foto Kredit: themotherish.com

Foto Kredit: themotherish.com

6. Melindungi hati

Jus delima meningkatkan fungsi hati dalam badan bayi dengan melindungi daripada ‘oxidative stress’ yang merupakan penyebab masalah hati.

Pastikan sebelum memberi jus atau buah delima pada bayi,

Foto Kredit: healingthebody.ca

Foto Kredit: healingthebody.ca

Elak memasukkan kulit luar buah delima yang berwarna putih bersama kerana ia boleh menerbitkan rasa masam dalam jus.

Masa elok memberi bayi minum jus adalah pada waktu petang. Jangan beri pada waktu malam kerana ia manis dan boleh menyebabkan masalah lain seperti sakit gigi.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×