Asuh

7 Cara & Tips Agar Anak Suka Makan Sayur & Buah

85
SHARES
7 Cara-cara Dan Tips Agar Anak Suka Makan Sayur

Bagi anak-anak, mungkin sayuran adalah makanan yang sangat dibenci. Tidak perlu jauh-jauh, tanya pada diri sendiri, “Masa aku kecik dulu, kenapa aku tak suka makan sayur eh?”.

Padahal dalam sayuran mengandung berbagai vitamin maupun gizi yang mampu memberikan nutrisi tubuh. Anak-anak pada umumnya lebih menyukai makanan yang manis ataupun masin. Bagi orang tua, mereka perlu melatih buah hatinya untuk makan sayur sejak bayi demi memenuhi nutrisi dalam tubuh bayi yang masih pada tahap berkembang fizikalnya, mahupun psikologi.

Ibu bapa kadang-kadang kurang memberi perhatian pentingnya sayur bagi anak, dan hanya menuruti kemahuan anak meskipun tidak suka dengan sayur dengan alasan terlalu sayang kepada buah hatinya. Dengan kurangnya pengambilan sayuran pada anak, maka akan membuat kesihatan anak sering terjejas. Makanan segera mahupun daging juga makanan berprotein tinggi lainnya akan membuat kesihatan anak tidak optimum. Pengambilan lemak yang berlebihan tanpa diimbangi sayuran dan buah-buahan juga akan membuat anak mengalami obesiti dan kegemukan.

Beberapa tips agar anak suka dengan sayur:

Biasakan untuk ikut makan sayur bersama anak

Seronoknya kalau dapat tanam & makan sayur sendiri macam di kampung

1. Biasakan untuk ikut makan sayur bersama anak

Agar anak mahu makan sayur, sebagai orang tua anda juga harus suka dengan sayuran. Berikan contoh dan terapkan kebiasaan meyukai sayuran kepada buah hati anda. Makan sayuran bersamanya. Ciptakan aktiviti makan sayur yang menyenangkan dan mengasyikkan sehingga buah hati anda tertarik untuk ikut makan sayur.

Hindarkan menghukum anak yang tidak mahu makan sayur

Pujuk & gunakan kata-kata yang lembut

2. Hindarkan menghukum anak yang tidak mahu makan sayur

Untuk buah hati Anda yang tidak suka dengan sayur, meski telah dipaksa. Jangan sekali-kali menghukumnya kerana hal ini menjadi trauma baginya dan boleh juga menghilangkan seleranya terhadap sayur sepenuhnya. Jika buah hati Anda makan sayuran, puji dan tunjukan sikap positif. Jadikannya suatu kebiasaan bukan paksaan, hukuman, ataupun hal lainnya.

Kreatifkan olahan sayur

Kalau begini, hari-hari makan sayur

3. Kreatifkan olahan sayur

Dalam mengolah sayuran, anda harus kreatif dalam menciptakan rasa sayur yang enak, lazat dan lebih sedap dari daging ataupun makan berprotein lainnya. Jika Anda memasak sayuran untuk buah hati anda, usahakan mengganti menu sayuran setiap hari sehingga anak tidak bosan dengan sayur. Usahakan pula untuk memberikan makanan atau lauk sampingan selain sayur sehingga anak merasa suka, tenang serta menikmati ketika harus makan sayuran.

Campurkan buah bersama sayur

Campurkan buah bersama sayur

4. Gantikan menu sayur dengan buah-buahan

Sayuran bukan hanya sumber nutrisi saja, tetapi buah-buahan adalah makanan dari tumbuhan yang memiliki nutrisi penting seperti sayuran. Bagi anak yang sama sekali tidak suka dengan sayur, Anda boleh memberikannya buah-buahan.

Berikan anak 'supplement' dan 'vitamin'

Makanan tambahan baik untuk tumbesaran kanak-kanak

5. Berikan anak ‘supplement’ dan ‘vitamin’

‘Supplement’ biasa menjadi langkah terakhir yang dilakukan orang tua agar buah hati suka dengan sayuran. Jika semua cara telah dilakukan anak tetap tidak suka dengan sayur, suplemen boleh diberikan untuk memenuhi keperluan nutrisi dalam tubuh. Perlu ingat, suplemen yang berlebihan dan berkepanjangan juga akan berakibat buruk bagi kesihatan anak. Usahakan sebisa mungkin mengajak anak untuk makan sayur secara langsung tanpa suplemen.

 

6. Taburi dengan keju

Kalau mahu nampak ‘western’, sesekali boleh gunakan ‘cheese’. Jika anak anda menggemari keju,cara ini boleh diaplikasikan..Anda boleh campurkan sayur seperti salad dan tomato di dalam burger keju anak anda. Tidak perlu keju yang mahal-mahal, yang murah juga banyak dijual di pasaraya.

7. Lembutkan sayuran

Anda boleh cuba pelbagaikan kaedah masakan sayur..contohnya buat cucur sayuran bercampur pelbagai inti seperti ayam, sosej dan sebagainya. Bubur atau pun jus juga bagus agar anak anda boleh menikmatinya..

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×