Sihat

10 Habit Penyebab Sakit Gigi, Yang Ramai Tidak Tahu

32
SHARES
Cara menghilangkan sakit gigi

“Auww, sakitnya gigi!”

Antara semua penyakit, sakit gigi memang sedaya upaya dielakkan. Bukan apa, nama sahaja sakit gigi tapi tahap kesakitan dirasai hingga ke kepala. Berdenyut-denyut hingga susah nak tidur lena.

Nak tak nak memang kena jumpa doktor gigi. Dengar nama pun dah gerun. Apatah lagi nak berjumpa. Terbayang-bayang perkakasan tajam dalam bilik doktor. Sebolehnya memang tak mahu jumpa doktor gigi. Sanggup guna kaedah tradisional untuk kurangkan sakit. Kalau da terlalu sakit, last resort baru jumpa doktor.

Padahal memberus gigi setiap pagi dan malam tak pernah miss. Tapi masih ada juga gigi yang sakit.

Kenapa ya sakit gigi ni?

Penyebab sakit gigi

Sebenarnya tanpa kita sedar, habit yang kita selalu buat selama ini, perlahan-lahan membuatkan gigi retak atau patah dan seterusnya sakit.

1. Makan ais

Penyebab sakit gigi

Foto Kredit: fitneass.com

Biasanya makan ais akan menyebabkan rasa nyilu. Tapi tahukah anda , apabila anda kerap mengunyah ais yang keras, tisu lembut dalam gigi lama-kelamaan akan menjadi retak dan sekali gus menyebabkan sakit gigi.

2. Melaga gigi

Penyebab sakit gigi

Ada orang yang biasa melaga gigi ketika tidur. Habit yang berlaku akibat stress ini biasanya dilakukan di bawah sedar. Ia boleh menyebabkan hakisan gigi jika dilakukan dalam tempoh yang panjang.

3. Makan gula-gula kenyal

Memang semua gula-gula boleh menyebabkan masalah gigi tapi gula-gula kenyal seperti gummies candy memburukkan keadaan kerana ia mudah melekat pada gigi. Apabila tidak dibersihkan cepat mungkin, gula dalam gummies candy berubah menjadi asid dan menghakis gigi.

4. Minum minuman berkarbonat

Foto Kredit: prevention.com http://www.prevention.com/weight-loss/flat-belly-diet/beat-bloat-these-9-smart-food-swaps

Lebih baik minum air suam. Foto Kredit: prevention.com

Sama seperti gula-gula, minuman berkarbonat mengandungi kandungan gula yang tinggi dengan tambahan asid phosporic serta asid citric yang boleh menjejaskan enamel gigi.

5. Buka barang dengan gigi

Ini memang habit yang biasa sangat sebab cepat, tak perlu lagi guna gunting/pisau. Namun sebenarnya perbuatan ini boleh membuatkan gigi retak malah berkemungkinan patah.

6. Makan kerepek kentang

Bukan makanan manis saja yang boleh menghasilkan asid pada gigi, tetapi juga makanan berkanji. Dalam masa 20 minit jika gigi tidak dibersihkan selepas memakannya, asid dari baki makanan yang tertinggal dalam mulut akan menghakis gigi.

7. Kerap makan makanan ringan

Bila kerap makan, mulut sentiasa digunakan untuk mengunyah tanpa sempat dibersihkan dengan betul. Jadi, saki baki makanan mudah berkumpul dalam mulut. Hasilnya,asid daripada baki makanan akan cepat menyerang gigi.

8. Gigit hujung pen/pensel

Salah satu habit yang biasa kita nampak orang lakukan. Nak tau kesannya pada gigi? Tengok sahaja kesan kemek pada hujung pen/pensel. Begitu jugalah kesannya pada gigi anda.

9. Minum kopi

Penyebab sakit gigi

Jauhi segala minuman berkafein

Memang sedap dapat minum kopi setiap pagi dan petang. Namun warnanya yang hitam gelap meninggalkan kesan kuning pada gigi.

10. Hisap rokok

Asap dari rokok bukan sahaja meninggalkan warna kusam pada gigi malah boleh menyebabkan radang gusi. Akibatnya gigi mudah reput dan tertanggal. Bawa-bawalah berhenti merokok, bukannya susah pun!

Cara menghilangkan sakit gigi

Foto Kredit: livescience.com

Sayang tak gigi anda? Jadi, elakkan dari melakukan 10 perkara di atas. Dalam masa sama, boleh jimatkan duit daripada pergi jumpa doktor gigi.

Kalau takut jumpa doktor gigi, boleh cuba petua sakit gigi. Dan kalau guna petua dan masih tak menjadi, mahu tidak mahu kena jumpa doktor gigi.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×