Famili

3 Tips Berhenti Merokok Dengan Cepat & Mudah!

13
SHARES
Tips Berhenti Merokok

Tips Berhenti Merokok

Terdapat pelbagai cara yang disenaraikan sekiranya anda membuat carian di Google, namun anda mungkin tidak pasti yang mana satu lebih berkesan dan sesuai untuk anda. Artikel ini akan menceritakan tips-tips terbaik untuk anda berhenti merokok.

Kenapa perlu berhenti merokok?

Sebelum itu, kenapa perlu berhenti merokok? Ini bukan kami reka sendiri, ini dari Kementerian Kesihatan sendiri.

Merokok memberi keburukan kepada semua orang. Ia tidak memberi kebaikan kerana:

  1. Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.
  2. Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.
  3. Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh:
    • Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak
    • Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah
    • Mendapat asma

Kita kembali padi tips berhenti merokok. Harus diingat, persediaan dari segi fizikal, mental dan emosi amatlah penting apabila anda hendak berhenti merokok kerana ia adalah gaya hidup kurang sihat yang sudah menjadi tabiat yang mungkin sudah bertahun lamanya. Tapi pilihlah untuk berhenti merokok dan berusaha sehingga berjaya.

Ini bukan sekadar tips berhenti merokok semata-mata, ia sebenarnya memberikan motivasi untuk melawan perasaan dan gian sehingga berjaya!

1. Persediaan Fizikal

Anda mungkin juga mempunyai tanda-tanya seperti penambahan berat badan selepas anda berhenti merokok. Sebenarnya, apabila anda berhenti merokok, deria rasa anda akan menjadi lebih baik dan akan mendorong selera makan anda untuk bertambah.

Maka, pada tahap peringkat permulaan, sediakan makanan yang sihat seperti buah-buahan atau kekacang yang sihat dan elakkan makanan ringan! Dan apabila anda berhenti merokok, anda akan merasakan lebih mudah untuk anda mengamalkan gaya hidup sihat dan seterusnya mencapai berat badan yang ideal.

Benar, ia bukan mudah. Namun, ia bukan alasan untuk tidak mencuba. Tips berhenti merokok ini bukan ingin menyusahkan, tetapi memudahkah. Jangan hanya berhenti merokok pada bulan Ramadhan sahaja!

2. Persediaan Mental

Tips berhenti merokok ini memerlukan mental yang kuat. Memandangkan persediaan mental adalah penting, ada harus mengetahui kebaikan jangka masa pendek dan jangka masa panjang yang anda akan lakukan kepada diri anda apabila anda tidak merokok.

Berikut merupakan susur masa untuk anda melihat kebaikkan yang anda boleh rasakan dari semasa ke semasa dan jadikan ini sebagai motivasi untuk anda terus berhenti merokok:

  • 20 minit pertama: Tekanan darah dan nadi anda berada pada kadar normal.
  • 8 jam: Kuantiti nikotin dan karbon monoksida dalam darah anda berkurang kepada separuh, Oksigen dalam darah akan kembali kepada tahap normal.
  • 24 jam: Karbon Monoksida hilang dari dalam badan anda. Paru-paru anda mula untuk mengeluarkan kotoran-kotoran daripada kesan merokok.
  • 48 jam: Nikotin tidak lagi berada dalam badan anda. Deria rasa dan bau anda akan berfungsi dengan baik.
  • 72 jam: Anda boleh bernafas dengan normal dan mudah. Badan anda akan menyerap lebih banyak oksigen dan tahap tenaga anda meningkat.
  • 2 – 12 minggu: Kitaran darah anda akan kembali normal.
  • 3 – 9 bulan: Masalah seperti batuk, selsema dan susah untuk bernafas akan berkurangan kerana daya fungsi paru-paru meningkat kepada sepuluh peratus (10%).
  • 5 tahun: Risiko untuk anda kena sakit jantung berkurangan sebanyak separuh atau lima puluh peratus (50%).
  • 10 tahun: Risiko kanser paru-paru berkurangan lima puluh peratus (50%) berbanding perokok. Risiko sakit jantung pula adalah sama seperti seseorang yang tidak pernah merokok!

 

3. Persediaan Emosi

Ini tips berhenti merokok yang paling penting. Cuba bayangkan apabila anda berhenti merokok, berapa banyak duit yang boleh anda jimat. Secara psikologinya, sekiranya anda tidak kira dan cuba bandingkan, anda mungkin tidak mempunyai motivasi yang kuat.

Oleh itu, sekiranya Ali seorang perokok yang menghisap rokok sebanyak 11 batang rokok sehari dan harga sekotak rokok adalah RM12:

  • Bilangan rokok setahun: 11 rokok x 365 hari = 4015 rokok
  • Bilangan kotak rokok (20’s) = 4015 rokok / 20 = 200 kotak
  • Harga sekotak rokok (20’s) = RM 13.50
  • Penjimatan setahun = 200 kotak * RM 13.50 = RM 2,700
  • Penjimatan setiap bulan = RM 2,700 / 12 = RM 225

Dengan penjimatan ini, anda boleh membayar bayarnan bulanan untuk anda memiliki sebuah kereta Perodua Axia. Bayangkan tiap batang rokok yang anda hisap sekarang mampu memboleh anda untuk memiliki kerta, atau tiket kapal terbang ke kota eropah seperti Paris, Amsterdam dan Frankfurt.

Jangan buat tidak tahu sahaja pada tips berhenti merokok ini. Baca, baca juga. Praktikkan sekali!

Melancong ke Paris

Kalau duit rokok disimpan, boleh pergi melancong ke Paris!

Berhenti memberikan diri anda pengecualian dan alasan untuk anda berhenti. Adakalanya kerana cinta seorang wanita pun boleh menyebabkan anda berhenti merokok.

Anda hanya perlu memilih sumber motivasi terbesar untuk anda berhenti merokok kerana ianya terletak dalam diri anda. Semoga tips berhenti merokok ini memberikan manfaat.

Semoga berjaya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×