Asuh

Jangan Biarkan Bayi Menangis Terlalu Lama. Ini 6 Bahayanya

1.8K
SHARES

“Aduh, baru letak kejap dah menangis. Banyak kerja rumah nak buat lagi ni. Biar jelah… Nanti dia diamlah tu.”

Setiap ibu bapa pasti ada cara tersendiri untuk mengatasi tangisan bayi. Walaupun kebanyakannya akan terus memujuk, namun ada juga segelintir yang percaya bahawa teknik membiarkannya menangis akan ‘mengajar’ bayi lebih berdikari dan tidak terlalu manja. Bak kata orang, “Lama-lama nanti senyaplah dia…”

Bahkan di negara Barat, sesetengah ibu bapa menggunakan teknik serupa iaitu ‘cry-it-out’, di mana bayi akan dibiarkan menangis di tempat tidur mereka kerana ibu bapa percaya cara ini berkesan untuk melatih bayi tidur sendiri.

Sekumpulan pakar berpendapat bahawa tindakan membiarkan bayi menangis terlalu lama akan meninggalkan kesan negatif terhadap bayi itu sendiri. Berikut adalah apa yang anda perlu tahu tentangnya.

6 Bahaya Biarkan Bayi Menangis Terlalu Lama

1. Bayi Stres & Kemurungan

Bayi menangis adalah normal. Ia adalah cara mereka untuk berkomunikasi. Mereka ingin memberitahu kita tentang sesuatu. jadi, apabila kita tidak menghiraukannya, sudah tentu ia boleh menyebabkan stres.

Menurut kajian, bayi yang berterusan mengalami keadaan ini mempunyai kadar hormon stres (kortisol) yang tinggi serta menunjukkan kadar hormon pertumbuhan (growth hormone) yang rendah. Kadar stres yang tinggi pada usia awal ini mampu menjejaskan sistem neurotransmitter pada otak hingga menyebabkan perubahan  pada struktur serta fungsinya.

Para pengkaji mengatakan kesan ini adalah serupa dengan apa yang dilihat pada orang dewasa yang mengalami kemurungan!

Foto Kredit: hee.nhs.uk

2. Separation Anxiety

Mungkin ada yang berpendapat bahawa tangisan yang tidak dilayan akan ‘mengajar’ bayi untuk menjadi lebih kental dan tidak manja. Tapi tanggapan ini sama sekali salah.

Sebaliknya, penelitian telah mendapati bahawa bayi yang sering dibiarkan menangis buat masa yang lama akan mengalami separation anxiety, iaitu kesukaran untuk berpisah dengan ibu ayah.

Ini terjadi akibat oversensitive stress system yang turut menyebabkan anak berasa mudah takut apabila berseorangan, panik, dan trauma.

http://blog.thebabyspot.com.au/

3. Kelakuan Agresif & ADHD

Selain itu, stres yang kronik pada bayi dikhuatiri menjadi punca kepada sistem adrenalin yang terlampau aktif. Keadaan ini mampu melibatkan sikap agresif, impulsif, dan keganasan.

Satu lagi penemuan yang dilaporkan oleh Jurnal American Adacemy of Pediatrics mendapati bahawa tangisan berpanjangan dalam tempoh bayi ini meningkatkan 10 kali ganda risiko ADHD, keputusan yang buruk di sekolah, serta kelakuan antisosial.

3 Ciri Anak Hiperaktif. Jika Ada Tanda, Jalani Terapi.

Foto Kredit: Google

4. IQ Lebih Rendah

Menurut pakar di National Institutes of Health, bayi yang sentiasa dibiarkan menangis berpanjangan dalam 3 bulan pertama kehidupannya mempunyai purata IQ 9 mata lebih rendah apabila menjangkau usia 5 tahun.

Apa yang membimbangkan, anak-kanak ini turut memperlihatkan perkembangan motorik halus yang lebih perlahan berbanding biasa.

cara ajar anak menulis

Foto Kredit: 3cmedia.ca

5. Lambat Berdikari

Bayi yang sering menangis berpanjangan pada 3 bulan pertama ini juga didapati lebih sukar mengawal emosi, suka ‘berkepit’ (clingy), dan susah ditenangkan oleh ibu bapa pada usia 10 bulan.

Berbanding bayi lain, bayi yang sering dibiarkan menangis ini akan mengambil masa lebih lama untuk belajar berdikari, seperti yang diulas dalam artikel oleh Dr Sears.

hantara anak ke taska

Foto Kredit: parents.com

6. Breath-Holding Spell

Seperti namanya, breath-holding spell adalah satu fenomena di mana seseorang anak kecil yang menangis tiba-tiba berhenti bernafas, tidak sedarkan diri hingga wajahnya berubah menjadi pucat kebiruan. Sungguhpun jarang kita dengar, namun ia boleh terjadi terutamanya kepada bayi berusia 6 hingga 18 bulan. Sesetengah anak kecil turut memperlihatkan keadaan ini sehingga berusia 4 tahun.

Mungkin ada yang menganggap bahawa perbuatan ini adalah sekadar menarik perhatian ibu bapa, namun ia merupakan sesuatu di luar kawalan bayi tersebut. Jadi, bayangkan kalau kita berada jauh daripada bayi dan tak perasan ia berlaku, tentu panik bukan? Bahkan jika lambat ditangani, mungkin akan membahayakan nyawa si kecil!

Ia Bertentangan Dengan Naluri Semulajadi

Bayi yang dibiarkan menangis berpanjangan tentu akan berhenti menangis juga akhirnya. Tetapi, ia bukanlah kerana bayi tersebut telah belajar untuk menenangkan diri dan tidur sendiri. Sebaliknya, bayi tersebut telahpun keletihan dan berputus asa untuk meminta bantuan / menyuarakan keinginannya.

Memberi respon kepada tangisan bayi adalah tindak balas semulajadi serta naluri semua ibu bapa. Cubaan untuk menidakkan hal ini sebenarnya bukan saja menimbulkan stres pada bayi, tetapi juga kepada ibu bapa. Ia boleh menjejaskan emosi, fisiologi serta biologi ibu bapa dan terutamanya bayi kecil yang tidak berdaya berbuat apa-apa.

Walaubagaimanapun, bukanlah bermakna anda tidak boleh meletakkan bayi selama beberapa minit apabila dalam keadaan keletihan. Cuma, janganlah membiarkan tangisan mereka itu berpanjangan tanpa pujukan ya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×