Famili

Mengejutkan! Malaysia Di Tempat Pertama, Negara Paling GEMUK Di Asia Tenggara

30
SHARES
masalah obesiti

Masalah obesiti dalam kalangan rakyat seluruh dunia adalah sangat membimbangkan terutama sekali di negara tercinta, Malaysia. Mengejutkan adalah, Malaysia berada di tempat pertama sebagai negara paling gemuk di Asia Tenggara!

Disangkakan tidaklah sebegitu teruk namun hakikatnya sangat pahit untuk ditelan. Berikut merupakan negara yang berada di kedudukan seterusnya selepas kita.

Baca juga: Top 7 Kerjaya Paling Dapat Permintaan Tinggi Di Malaysia, Bidang Anda Tersenarai Tak?

MASALAH OBESITI DI MALAYSIA MAKIN TERUK

masalah obesiti

Foto: UMonline

1.Malaysia (44.2%)
2.Thailand (32.2%)
3.Singapura (30.2%)
4.Filipina (26.5%)
5.Indonesia (21%)
6.Myanmar (18.4%)
7.Laos (13.3%)
8.Kemmboja (12.1%)
9.Vietnam (10.2%)

Lebih menyedihkan apabila kira-kira 11 juta orang mengalami berat badan berlebihan dan obes di setiap lapisan masyarakat. Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 menunjukkan sebanyak 54.4 peratus rakyat dewasa Malaysia mengalami berat badan berlebihan. Rekod itu meningkat tiga peratus berbanding 50.1 peratus pada 2019.

Pegawai diatetik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ahmad Huzaifah Usoh berkongsi bahawa gemuk dikategorikan melalui Indeks Jisim Tubuh (IJM) atau Body Mass Indeks (BMI) melebihi 30 kg/m2.

Kata beliau, menurut data daripada National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2019, dalam kalangan orang dewasa, seramai 19.7 peratus daripada rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti (BMI melebihi 30 kg/m2) manakala seramai 30.4 peratus mengalami masalah berlebihan berat badan (BMI antara 25kg/m2 – 29.9 kg/m2).

Bagi kanak-kanak dan remaja pula seramai 14.8 peratus mempunyai masalah obesiti dan 15 peratus mempunyai masalah berlebihan berat badan.

“Angka ini sebenarnya semakin meningkat tahun ke tahun dan sangat membimbangkan, “ ujarnya.

Oleh itu, orang ramai digesa untuk mengamalkan kehidupan yang sihat dengan menjaga pemakanan, mengambil kuantiti makanan yang sepatutnya dan tidak mengambil makanan berkalori secara berlebihan.

Ibu bapa diminta untuk mengawal dan menjaga pemakanan anak-anak terutama mereka yang masih di lingkungan lapan tahun ke bawah. Dalam pada itu, pihak kerajaan sewajarnya bertindak untuk mengurangkan penjualan makanan tidak berkhasiat terutama di pasar malam.

Ia secara tidak langsung boleh menyebabkan rakyat Malaysia terbiasa untuk makan makanan berminyak dan berkolesterol tinggi tanpa pantauan daripada orang lain.

masalah obesiti

Foto: New York Post

*Jom mula diet!

Baca juga: Nak Melamar Kekasih ‘Ditemani’ Ikan Jerung? Aquaria KLCC Tawar Pakej Lamaran Eksklusif!

Sumber: UMonline

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×