Famili

Nak Melamar Kekasih ‘Ditemani’ Ikan Jerung? Aquaria KLCC Tawar Pakej Lamaran Eksklusif!

6
SHARES
harga masuk aquaria klcc

Sebut sahaja mengenai lamaran perkahwinan, pasti terbayangkan kemanisannnya apabila menonton di dalam filem romantis Hollywood. Buat anda yang teringin juga nak buat lamaran perkahwinan eksklusif kepada kekasih, ada satu lokasi menarik iaitu di Aquaria KLCC. Harga masuk Aquaria KLCC bersama pakej lamaran ini juga sedang menjadi bualan ramai.

Jika anda mempunyai bajet yang lebih untuk menunjukkan bahawa anda betul-betul ingin melamar pasangan, inilah masanya!

Baca juga: Teringin Nak Pergi Ladang Farm Fresh UPM? Rupanya Boleh Je Naik MRT, Mudah!

HARGA MASUK AQUARIA KLCC KALAU NAK BUAT ‘MARRIAGE PROPOSAL’

harga masuk aquaria klcc

Foto: Queen of Tears

Aquaria KLCC menawarkan pakej lamaran perkahwinan iaitu Romance Proposal, Cage Rage Proposal dan yang paling menarik adalah Dive With Sharks Proposal. Pakej-pakej tersebut bermula dengan harga RM835 sehingga RM1,150.

Antara ketiga-tiga pakej tersebut, Dive With Sharks Proposal telah mendapat perhatian warganet dan ada yang sudah berangan ingin menjadi seperti watak seperti dalam K-drama ‘Queen Of Tears’. Itu untuk anda yang ingin berlatarbelakangkan akuarium yang indah namun untuk anda yang mahukan cabaran, di dalam pakej Dive With Sharks ini katanya anda boleh berenang bersama jerung. Menarik!

Bagi sesiapa yang berminat, adalah sangat penting untuk anda membuat tempahan awal sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh melamar. Bukan itu sahaja, bayaran penuh juga perlu dilakukan supaya semuanya berjalan dengan lancar. Boleh email tempahan ke [email protected] atau [email protected]

harga masuk aquaria klcc

*Pastikan pasangan kekasih jangan cakap NO dan menerima lamaran yang dibuat itu ya!

Baca juga: Pertama Kali Ke Bangkok? Guna Tips Naik Pengangkutan Awam Ini Supaya Mudah & Jimat!

Sumber: X @melatinungsari, Aquaria KLCC

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×