Famili

Teringin Nak Pergi Ladang Farm Fresh UPM? Rupanya Boleh Je Naik MRT, Mudah!

5
SHARES
Ladang Farm Fresh UPM

Salah satu lokasi yang ada dalam Malaysia seolah-olah anda berada di ladang lembu New Zealand adalah Ladang Farm Fresh UPM, Serdang. Bukan sahaja boleh bawa anak-anak melihat pemandangan yang lapang malah anda boleh memetik hasil tanaman yang segar serta minum susu lembu segar.

Buat anda yang tidak mempunyai kenderaan atau sengaja mahu menggunakan pengangkutan awam yang ada di Malaysia, jangan risau untuk ke Ladang Farm Fresh ini kerana ada caranya dengan menggunakan MRT. Berikut merupakan panduan yang dikongsikan di laman X @Amrlamnnn.

Baca juga: Siap Ada Kolam Renang & Pelbagai Kemudahan, Ini 7 Homestay Di Kedah Anda Boleh Menginap

CARA PERGI LADANG FARM FRESH UPM NAIK MRT

ladang farm fresh upm

Anda tahu tak sebenarnya boleh pergi Farm Fresh@UPM naik MRT saja dari KL Sentral? Meh sini ajar step by step!

1.Pertama sekali, dari KL Sentral anda boleh pergi dekat arah MRT Muzium Negara. Dari Muzium Negara, anda pergi ke arah line warna KUNING.

2.Kemudian, turun dekat TUN RAZAK EXCHANGE (TRX).

3.Lepas turun dari TRX, boleh ikut dan ambil Platform 3 laluan ke Putrajaya seterusnya turun dekat UPM.

4.Lepas anda turun dekat MRT UPM, turun ikut bawah dekat pintu A ada bas Rapid Jom Naik MRT, boleh naik bas itu tapi ada jadual masa yang ditetapkanlah.

ladang farm fresh upm

5.Dari situ anda akan melalui 11 stops (berhenti) dan kena jalan sikit saja dalam 3 minit untuk sampai ke Farm Fresh dan enjoy! Untuk pengetahuan juga, kalau anda tak nak naik bas yang kena hadap 11 stops tu, anda boleh je naik grab dari MRT UPM untuk ke Farm Fresh dan mengambil masa lebih kurang 21 minit.

Harga tiket nak masuk: Dewasa Rm15 (umur 13+)
Kanak-kanak: RM10 (age 4-12) bawah 12 tahun FREE
Buka setiap hari kecuali Isnin

*Jom pergi hujung minggu ini!

Baca juga: Arwah Ayah Tinggalkan Diari Sejak 1975, Coretan Undang Air Mata Kini Jadi Peneman Anak

Sumber: X @Amrlamnnn

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×