Asuh

Si Manja Suka Masukkan Objek Dalam Mulut? Mama Papa Kena Buat 5 Langkah Ini

32
SHARES
bayi tumbuh gigi

Apabila usia bayi mencapai 6 hingga 7 bulan, ini merupakan fasa si bayi tumbuh gigi dan melalui proses teething dengan ekstrem. Jadi, bermulalah aktiviti si manja untuk mula memasukkan objek-objek yang berada di sekeliling ke dalam mulut kerana sedang meneroka deria rasa.

Sudah pasti, agak merisaukan juga apabila si manja suka memasukkan objek ke dalam mulut ini kerana boleh mengundang risiko tercekik dan keracunan. Jadi bagaimana untuk menghalang dari si manja dari suka memasukkan objek dalam mulut?

Baca juga: Perbezaan Tantrum Vs Meltdown, Kanak-Kanak & Orang Dewasa Boleh Alami ‘Amukan’ Ini

BAYI TUMBUH GIGI DAN MULA SUKA MASUKKAN OBJEK DALAM MULUT? BAHAYA KE?

bayi tumbuh gigi

Proses teething ini adalah waktunya apabila si manja mula mengalami gatal-gatal gusi dan rasa ingin mengunyah sepanjang masa. Sebaiknya ibu bapa tidak segera melarang apatah lagi segera marah apabila bayi memasukkan objek ke dalam mulut jika objek tersebut tidak merbahayakan.

Sebenarnya, tempoh kanak-kanak sering memasukkan objek ke dalam mulut mereka dipanggil fasa lisan. Peringkat lisan ini mempunyai peranan penting untuk si kecil anda iaitu membantu perkembangan kemahiran anak pada masa hadapan. Selain itu, terdapat beberapa sebab mengapa bayi sering memasukkan objek ke dalam mulut mereka. Pertama, si kecil anda sedang belajar dan meneroka alam sekitar.

MACAM MANA NAK ELAKKAN?

1.Jauhkan objek yang boleh menyebabkan mereka tercekik

Pastikan bayi tidak menyentuh apa-apa yang boleh menyebabkan mereka mudah tercekik, contohnya buah anggur, anting-anting, makanan haiwan peliharaan kering, popcorn, pek bateri dan jarum peniti keselamatan.

2.Elakkan makanan yang berpotensi menyebabkan keracunan

Inilah yang paling merisaukan kerana boleh menyebabkan insiden kemalangan. Cuba lihat, adakah terdapat objek di sekeliling si kecil anda yang berpotensi untuk masuk dalam mulut dan jauhkan dengan segera. Contohnya, sisa atau makanan haiwan peliharaan dan makanan ringan yang basi. Benda-benda ini berpotensi membuat si kecil anda sakit.

3.Sediakan tisu basah yang selamat untuk bayi

Semasa dalam proses penerokaan ini, bayi mungkin makan dengan tidak kemas, comot dan memegang banyak objek, kemudian memasukkan tangannya ke dalam mulutnya. Oleh itu, Mama perlukan tisu basah yang dijamin selamat untuk mencuci dan membersihkan kotoran serta boleh mengelakkan bakteria.

4.Jauhkan bahan-bahan beracun dan panas

Terdapat banyak bahan di dalam rumah yang boleh memudaratkan bayi, seperti semburan serangga, sabun mandi, syampu, pengilat kuku dan cecair pembersih. Jika tertelan atau terkena kulit, bahan-bahan ini boleh menyebabkan kerengsaan, melecur atau keracunan.

Selain itu, simpan objek-objek panas dalam jangkauan si kecil anda. Contohnya, periuk panas, semangkuk sup panas dan secawan kopi panas.

5.Sediakan pacifier dan mainan yang sesuai untuk bayi yang sedang tumbuh gigi

Tarik perhatian bayi kepada objek yang selamat seperti menyediakan pacifier bayi dan mainan tumbuh gigi mengikut umur mereka. Pastikan anda memilih mainan dan teether yang selamat untuk makanan dan tidak mengandungi bahan kimia plastik berbahaya, seperti BPA.

bayi tumbuh gigi

*Proses teething atau gatal gusi ini tidak berlaku dalam tempoh yang lama jadi sama-samalah mak ayah bereksplorasi dengan si manja ya!

Baca juga: Elak Kes Anak Hilang Makin Menjadi-Jadi, Mak Ayah Kena Standby Alat-Alat Ini Untuk ‘Jejak’!

Sumber: Baby Center

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×