Asuh

Dr. Jelaskan Mengapa Bayi Kerap Sentuh Telinga Sewaktu Proses Tumbuh Gigi

102
SHARES

Si comel yang tak sampai setahun dilahirkan memang belum pandai untuk meluahkan ketidakselesaan mereka. Lagi-lagi bila bayi yang baru nak tumbuh gigi seawal usia 6 bulan, rasa sakit itu susah nak digambarkan atau diekspresikan. Alahai sayang~

Dalam keadaan sakit nak tumbuh gigi, perasan tak si kecil ini suka sentuh telinga juga? Nak tahu kenapa? Mari baca penjelasan daripada Dr. Mohd Khairul Izwan.

Baca juga: Makan Telur Bantu Kurangkan Masalah Memori & Fokus Anak, Boleh Buat Menu Wajib!

DR. JELASKAN MENGAPA BAYI KERAP SENTUH TELINGA SEWAKTU PROSES TUMBUH GIGI

Bagi anda yang mempunyai anak kecil yang sedang mengalami pertumbuhan gigi, jika diperhatikan dengan teliti, tentu akan perasan yang anak anda akan suka menarik-narik telinga mereka kan?

Nak tahu kenapa bayi yang mahu tumbuh gigi suka menarik telinga mereka? Apa kaitan gigi yang mahu tumbuh dengan telinga bayi anda?

KEADAAN YANG DINAMAKAN SEBAGAI TEETHING

Baik begini.

Bayi kecil akan mula tumbuh gigi susu seawal usia 6 bulan. Proses pertumbuhan gigi ini akan menyebabkan anak mengalami ketidakselesaan pada bahagian gusi mereka.

Keadaan ini disebut sebagai “Teething”, dan merupakan suatu proses fisiologis yang bersifat normal. Bayi yang masih kecil belum pandai mengekspresikan rasa sakit mereka mahupun memberikan respons terhadap kesakitan yang mereka alami.

SELAIN TELINGA, BAYI JUGA AKAN MENGUSIK PIPI MEREKA…

Dalam keadaan tertentu, rasa sakit pada bahagian gusi yang mahu tumbuh gigi ini akan turut menyebar. Sehinggakan bayi merasa seolah-olah rasa sakit itu merebak sehingga ke bahagian telinga, kerana saraf di bahagian rahang dan mulut bayi berada agak hampir dengan saraf di bahagian telinga mereka.

Kerana itulah bayi cenderung untuk menarik-narik telinga mereka jika mereka mula memasuki fasa “teething” ini.

Selain menarik-narik telinga, bayi juga cenderung untuk meraba-raba pipi mereka bagi meredakan ketidakselsaan yang mereka rasakan ketika gigi mereka sedang tumbuh.

TIPS BUAT IBU BAPA KETIKA BERHADAPAN SITUASI ANAK TEETHING!

Bagi ibu bapa yang berhadapan dengan situasi begini, jangan terlalu risau ya.

Anda boleh membantu anak anda melalui fasa “teething” ini dengan lebih selesa dengan cara memberikan mereka “teether” yang disejukkan untuk digigit.

Jika tiada “teether”, ibu bapa boleh menggunakan kain atau tuala kecil bersih yang direndam di dalam air sejuk untuk digigit oleh mereka. Melalui cara ini, bayi anda akan merasa lebih selesa dan mengurangkan kesakitan akibat pertumbuhan gigi yang mereka alami.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook Mohd Khairul Izwan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×