Sihat

15 Petua Redakan Sakit Gigi Guna Bahan Di Dapur Tapi Kesannya Sangat Wow, Jimat!

5
SHARES
petua sakit gigi

Setiap kali mengalami masalah sakit gigi, pasti hidup rasa tak tenang kerana sangat sakit! Sudah bermacam petua sakit gigi digunakan namun tahap kesakitan masih berada di skala tertinggi. Kata orang, kos untuk perubatan sakit gigi ini agak mahal jadi, ada tak petua yang hanya menggunakan bahan-bahan di rumah?

Jangan risau, sudah semestinya ada dengan hanya menggunakan bahan-bahan dapur sahaja. Berikut merupakan 15 petua redakan sakit gigi dengan hanya menggunakan bahan di dapur. Jom cuba!

Baca juga: Cara Buat Stok Air Barli Homemade Untuk Cuci Kencing Kotor, Tambah 4 Bahan INI

15 PETUA SAKIT GIGI, REDAKAN GUNA BAHAN DI DAPUR

petua sakit gigi

Sebenarnyakan banyak petua untuk hilangkan sakit gigi. Semua petua itu guna bahan-bahan yang ada dekat rumah saja. Hasil membaca di laman web dan Facebook, Kak Ya himpunkan semuanya. Boleh cuba mana yang senang dan serasi.

1. Hilangkan plak

Ini cara menghilangkan sakit gigi yang pertama. Berkumur dengan bahan kumur seperti Listerine supaya dapat hilangkan plak pada gigi. Plak antara punca-punca gejala sakit gigi. Buat sekurang-kurangnya 3 kali sehari selepas memberus gigi.

2. Minyak gamat

Cara menghilangkan sakit gigi ini, tidak ramai orang tahu. Cuba letakkan minyak gamat pada putik kapas dan sapukan pada bahagian yang sakit.

3. Gigit bunga cengkih

Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau ada gigi berlubang, tumbuk cengkih dan isi dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas. Insya-Allah beransur hilang.

4. Kumur dengan air garam

Bancuh satu sudu kecil garam pada secawan air hangat. Kacau sampai larut. Biarkan hingga suam kemudian kumurlah dengan air garam tadi. Jika mencuba cara menghilangkan sakit gigi dengan air garam, jangan sampai terminum air garam tadi ya.

5. Kapur sirih

Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit itu. Kunyahlah sirih yang bercampur sedikit kapur. Insya-Allah sakit gigi itu akan cepat hilang.

6. Kumur air rebusan sirih

Ambil 10 helai daun sirih tua direbus dengan air sebanyak 4-6 gelas sehingga mendidih. Sejuk dan tapiskan. Berkumurlah dengan air rebusan daun sirih tersebut. Sakit gigi akan hilang.

7. Lidah buaya

Ambil isi lidah buaya dan letakkan pada tempat yang sakit. Dalam kira-kira 2-3 jam kemudian dapat menghentikan rasa sakit.

8. Habbatus Sauda

Ambil serbuk jintan hitam atau minyak jintan hitam (habbatus sauda), letakkan dalam gigi yang berlubang.

9. Daun serai

Ambil daun serai dan tumbukkan hingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur.

10. Tomato muda

Ambil buah tomato muda yang dibelah dua, kemudian masukkan tomato ke bahagian yang sakit tadi. Andaikata gigi anda dimakan ulat, ulat itu akan keluar dengan sendirinya. Setelah itu kumur-kumurlah dengan air apabila terasa sembuh. Jika petua ini sesuai Insya-Allah sakit gigi akan hilang.

11. Gambir

Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur. Masukkan gambir ini ke dalam gigi yang sakit. Gambir akan mengebaskan gigi tetapi jangan gunakan terlalu banyak kerana ianya akan mengebaskan bibir. Insya-Allah.

12. Kumur garam, air dan limau nipis

Rebus garam, air dan limau nipis yang dibelah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkan hingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sampai sakitnya berkurangan.

13. Asam jawa

Asam jawa digoreng beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar di dalam daun pisang. Tumbuk kesemua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.

14. Bawang putih

Hiris bawang putih dan tempelkan pada gigi yang sakit. Biarkan sekurang-kurangnya selama satu jam. Insya-Allah, anda akan terasa kesannya.

15. Kayu Manis 

Ambik 1 sudu teh serbuk kayu manis dan bancuh dengan sedikit air. Jadikan pes dan letak dekat gigi yang sakit. InsyaAllah sakit akan beransur reda.

petua sakit gigi

*Jangan lupa jumpa doktor ya jika sakit berlarutan. Risau ada masalah lain pula..

Baca juga: Minum Air Bunga Telang Sebelum Sarapan Jadi Penawar Penyakit, Buat Macam INI..

Sumber: Leha Yusuf

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×