Sihat

3 Cara Elak Karang Gigi ‘Berkampung’ Dalam Mulut, Tak Menjadi Kalau Berus Sahaja…

14
SHARES
punca karang gigi

Setiap kali selesai memberus gigi, pasti kita akan memeriksa sekali lagi gigi sama ada sudah betul-betul bersih atau belum. Namun, betapa kecewanya apabila melihat masih ada lagi karang gigi yang disangka dapat dihapuskan dengan cara memberus gigi. Ternyata tidak dan apakah punca karang gigi ini berlaku?

Berikut merupakan penjelasan dari Doktor Syazwani di laman Twitternya tentang karang gigi yang tidak menjadi kegemaran ramai ini. Apa yang anda perlu lakukan?

Baca juga: Petua Orang Lama Untuk Putihkan Gigi, Tak Sangka Hanya Campur Limau Nipis Saja!

PUNCA KARANG GIGI DALAM MULUT, INI CARA NAK ELAK

punca karang gigi

Firstly, kena faham sebelum ada karang gigi yang keras ni, asalnya adalah “plak gigi” yang lembut. Plak ini lapisan bakteria yang melekit, tak berwarna dan melekap dekat permukaan gigi dan lidah. Nama saintifik plak ini adalah Dental biofilm. Plak ini sisa makanan ke?

Tidak. Sebenarnya..Dalam plak ni ada lebih dari 1000 spesis bakteria. Nampak macam lembut harmless je tapi ada lebih 1000 bakteria ya!

Apa kaitan plak dengan karang gigi?

Karang/Kalkulus adalah plak yang dah KERAS sebab kita tak bersihkan plak. Bila dah ada karang, dia akan susahkan kita untuk gosok gigi dengan berkesan. Bila surface gigi dah kasar sebab karang ni, lagi banyak plak terperangkap and terkumpul dekat situ.

Apa kesannya bila ada karang gigi ni?

• Penyakit gusi: gusi meradang, berdarah, bengkak, tulang yang pegang gigi rosak , gigi goyang, gigi kena cabut.

*Based on research, 94% orang dewasa di malaysia ada penyakit gusi.

• Bau mulut (halitosis)

• Karies gigi

Ok sekarang dah faham pasal macam mana karang ini boleh ada. Ini cara macam mana nak elak/rawat.

Firstly sebelum ada karang yang keras, masa tengah ada PLAK GIGI yang lembut tu:

1. Berus gigi 2x sehari, guna berus gigi yang SOFT dan dengan cara yang betul.

2. Next, guna floss dengan betul. Floss ni penting sebab lepas makan, makanan sangkut celah gigi dan gabung dengan bacteria serta plak gigi.

3. Guna alat pembersihan tambahan macam interdental brush dan ubat kumuran.

TAPI, kalau dah ada KARANG yang keras tu, tak lain tak bukan anda kena buat rawatan ‘scaling’ di klinik gigi. Karang gigi tak boleh dibuang hanya dengan gosok gigi biasa.

Info tambahan:

1) Pastikan pegang berus gigi 45 degree dekat gusi which means berus gigi mestilah sentuh GUSI sekali, bukan sentuh gigi sahaja.

2) Jangan lupa gosok bahagian lingual gigi ini sekali.

punca karang gigi

*Tak cantik dan tak handsome lah bila ada karang gigi ini kan?

Baca juga: Selama Ini Rambut Gugur Teruk Sebab Salah Teknik Shampoo, Tukar Ke 3 Cara Ini Pula

Sumber: Twitter @syazwanismd

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×