Euforia Bola 2026
40 Minggu

Ingatkan Sakit Gigi Biasa, Rupanya Jangkitan Serius… Wanita Hamil Meninggal Dunia Akibat Sepsis

SAKIT GIGI KETIKA HAMIL

Apa yang pada awalnya disangka sekadar sakit gigi ketika hamil bertukar menjadi tragedi apabila seorang wanita meninggal dunia selepas mengalami sepsis teruk yang menyebabkan beberapa organnya gagal berfungsi.

Menurut perkongsian Munir Samad Shukri di laman Facebook, Allahyarhamah sebelum ini kerap mengalami sakit gigi terutama setiap kali hamil.

Baca juga: MyKad Generasi Baharu Rasmi Hari Ini, Tampil Dengan 53 Ciri Keselamatan Yang ‘WOW!

SAKIT GIGI KETIKA HAMIL, WANITA MENINGGAL DUNIA

SAKIT GIGI KETIKA HAMIL

Keadaan itu berlaku sejak 2018 ketika mengandungkan anak pertamanya, Abdul Fattah, sebelum sekali lagi mengalaminya ketika mengandungkan Abdul Rahman pada 2021.

Pada 2023, Allahyarhamah turut mengalami dua kali keguguran sebelum kembali hamil dan melahirkan Abdul Syahid pada 2025. Setiap kali mengandung, Allahyarhamah akan mengalami sakit gigi, namun masalah itu biasanya hilang selepas bersalin.

Disebabkan keadaan tersebut berulang setiap kali kehamilan, keluarga menyangka sakit gigi berkenaan merupakan salah satu simptom kehamilan dan Allahyarhamah hanya mengambil ubat penahan sakit apabila rasa sakit datang.

Selepas melahirkan Abdul Syahid, Allahyarhamah mula mendapatkan pemeriksaan di klinik pergigian bagi mendapatkan rawatan terhadap masalah giginya.

Bagaimanapun, doktor menyarankan agar rawatan dalam mulut dilakukan terlebih dahulu kerana bimbang risiko yang lebih tinggi sekiranya prosedur mencabut gigi dilakukan ketika itu.

Namun, rawatan tersebut kemudiannya tidak diteruskan apabila sakit gigi yang dialami sebelum itu kembali hilang.

Keadaan Allahyarhamah mula berubah apabila dia mendapatkan rawatan pada Khamis, 10 September, selepas pemeriksaan darah dan imbasan tomografi berkomputer menunjukkan keadaan yang membimbangkan.

Menurut keluarga, doktor turut bertanyakan sama ada Allahyarhamah mempunyai sebarang penyakit atau mengambil ubat secara berlebihan.

Paru-paru & buah pinggang mula gagal berfungsi

SAKIT GIGI KETIKA HAMIL

Pada jam 1 pagi Jumaat, 11 September, keadaan Allahyarhamah semakin kritikal apabila paru-parunya mula tidak berfungsi dengan baik.

Tidak lama kemudian, kira-kira jam 2 pagi, jantungnya terhenti selama 15 minit sebelum pasukan perubatan melakukan bantuan pernafasan kecemasan.

Ketika pertemuan dengan doktor pakar pada waktu itu, ahli keluarga yang menemaninya mula mengingati kembali sejarah sakit gigi yang dialami Allahyarhamah dan memaklumkan perkara tersebut kepada doktor.

Dalam perjalanan menuju ke wad Unit Rawatan Rapi, jantung Allahyarhamah sekali lagi terhenti. Sebaik tiba di wad berkenaan, keadaan fizikalnya semakin merosot apabila tangan dan kakinya mula terasa sejuk serta bertukar kebiruan.

Namun, pada jam 4.10 petang, Allahyarhamah disahkan meninggal dunia. Menurut keluarga, doktor pakar memaklumkan bahawa jangkitan kuman yang menyebabkan kegagalan beberapa organ Allahyarhamah dipercayai berpunca daripada masalah gigi yang dialaminya sebelum ini.

Punca kematian yang dinyatakan keluarga ialah sepsis teruk dengan kegagalan pelbagai organ, iaitu keadaan apabila jangkitan serius mencetuskan tindak balas tubuh yang boleh menyebabkan kerosakan organ.

Kisah tersebut turut menjadi peringatan agar masalah gigi yang berulang tidak dianggap sebagai perkara biasa, khususnya apabila ia berlarutan atau disertai perubahan kesihatan yang lain.

sakit gigi ketika hamil

Foto arwah.

Baca juga: “Tangguh Solat Jap” – Guru Jadi Hero Berlari Dengan Selipar, Padam Kelas Terbakar Dalam 10 Minit Sahaja!

Sumber: Facebook Munir Samad Shukri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×