Euforia Bola 2026
Famili

Cemas! 4 Beranak Termasuk Kanak-Kanak 9 Tahun Hilang Ketika Mendaki Gunung Trans Gerah

GUNUNG TRANS GERAH

Enam individu termasuk dua kanak-kanak daripada sebuah keluarga dilaporkan belum dapat dihubungi selepas menyertai pendakian Gunung Trans Gerah di Gua Musang, Kelantan.

Mereka terdiri daripada empat sekeluarga dari Selangor serta dua malim gunung yang mengiringi perjalanan berkenaan.

Baca juga: Seram! Cucu 2 Tahun Diserang 5 Ekor Anjing Liar, Nenek Menjerit Lihat Kepala & Muka Berlumuran Darah

BUDAK 9 TAHUN ANTARA 6 HILANG DI GUNUNG TRANS GERAH

GUNUNG TRANS GERAH

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Farhan Sufyan Borhan berkata, pihaknya telah memperoleh maklumat identiti kesemua individu yang dikhuatiri hilang.

“Dua malim gunung yang dikenal pasti adalah Shafiee Sidek, 49, dan Hazman Mamat, 43, sementara identiti empat beranak itu adalah Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39, dan isteri Siti Zulaikha Norizan, 39, serta dua anak mereka iaitu Diya Raisha, 13, dan Ahmad Raief, 9.

“Empat beranak berkenaan dari Selangor yang memulakan pendakian bermula di Gua Musang pada 29 Ogos dan sepatutnya tiba di Pos Kemar, Perak pada Khamis lalu,” jelasnya.

Kesemua mereka difahamkan memulakan perjalanan pada 29 Ogos dan dijadualkan keluar melalui Pos Kemar, Perak, pada Khamis lalu.

Bagaimanapun, mereka masih belum tiba di lokasi berkenaan dan gagal dihubungi sehingga menimbulkan kebimbangan keluarga serta pihak berkuasa.

Operasi SAR dimulakan

GUNUNG TRANS GERAH

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan keenam-enam individu terbabit dijadualkan bermula hari ini dengan bantuan udara.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Nor Hisham Mohammad, dilaporkan berkata penggunaan helikopter akan membantu pasukan penyelamat membuat tinjauan dari udara selain mengesan laluan yang mungkin digunakan kumpulan berkenaan.

Dalam perkembangan sama, kisah tersebut turut mendapat perhatian warganet selepas identiti seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun antara individu yang menyertai pendakian berkenaan didedahkan.

Sebahagian warganet mempersoalkan keputusan membawa kanak-kanak seusia itu menyertai pendakian yang melibatkan laluan mencabar serta kawasan hutan.

Ada yang berpandangan aspek keselamatan dan kemampuan fizikal kanak-kanak perlu diberi pertimbangan sebelum menyertai aktiviti sebegitu.

“Kenapa bawa budak 9 tahun berdaki sekali. Tak sesuai,” antara komen warganet.

Pada masa sama, orang ramai berharap keenam-enam individu berkenaan dapat ditemukan dalam keadaan selamat dan operasi SAR yang dijalankan membuahkan hasil.

Baca juga: “Cer Ambik Gambo” – Ucapan Sultan Perak Ketika Di MAHA Cuit Hari Rakyat, Pekat Betul Loghat Tuanku!

Sumber: Buletin TV3

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×