Sihat

Guna 5 Bahan Jadikan ‘Jus Hijau’ Dan Amalkan Setiap Hari Boleh Elak Nyanyuk

20
SHARES
khasiat jus nanas

Mengamalkan pemakanan yang sihat sejak usia muda adalah amat disarankan bagi mengelakkan penyakit-penyakit tua seperti nyanyuk. Jadi, salah satu bahan makanan yang mempunyai kehebatan luar biasa adalah khasiat jus nanas yang sangat mudah untuk diperolehi.

Bukan sekadar jus nanas, perkongsian Dr.Rizal juga menyarankan untuk orang ramai cuba gabungkan buah nanas bersama beberapa lagi ejen hijau dijadikan jus minuman setiap hari bagi mengelakkan masalah nyanyuk serta meringankan badan. Jom cuba!

Baca juga: Hanya Rebus Sebiji Buah Epal Rupanya Boleh Hilangkan Pening Kepala, Tak Payah Makan Ubat!

KHASIAT JUS NANAS DIGABUNGKAN BERSAMA BAHAN HIJAU, ELAK NYANYUK!

khasiat jus nanas

Inilah rutin pagi saya. Berdamai dengan warna hijau. Terutama selepas saya selesai brisk walking. Nak isi minyak hijau dulu.

Blend semua dan minum. Nikmat lagi. Pesta antioxidant. Baiki tubuh sampai ke cellular level. Ada superfruit nanas. Enzim bromelain dalam nanas ni power. Kalau yang sakit tekak. Batuk berkahak tu kena ambil. Ada batang saderi. Nak elak kolesterol tinggi, nak elak nyanyuk kena rajinkan diri ambil.

Ada 12 ‘raja’ antioksidan dan 25 ejen anti-radang. Berjimba sakan sel sel tubuh. Lepas itu ada salad dengan baby spinach. Kaya magnesium dan vitamin K. Tak adalah nanti tulang kruk krak kruk krak bunyi.Nak guna spinach biasa pun boleh. Level khasiat sama.Saya guna baby spinach senang sukat pakai pencakar tangan sendiri.

Oh ya. Dapat sekali pakej kulit muka susah tumbuh jerawat. Perut kempis. Badan rasa ringan. Otak tak berkabus. Antara bahan hijau yang digunakan adalah:

-Nanas
-Saderi
-Salad
-Baby Spinach
-Timun

Kisarkan kesemua bahan ini, kalau nak tambah perahan lemon pun lagi sedap! Selamat mencuba!

Baca juga: Petua Turunkan Kuning Bayi Dengan Cepat Tapi, Si Ibu Yang Kena Minum Air Herba Ini

Sumber: Dr. Rizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×