Cantik

Tak Perlu Modal Mahal, DIY Je Mask Buang Blackhead Guna 2 Barang Di Rumah Ini

2
SHARES
cara buang blackhead

Walaupun betapa banyak anda menjaga kebersihan wajah, pasti tidak sah kalau ada sahaja bintik hitam atau lebih dikenali sebagai ‘blackhead’ yang akan menguasai ruang wajah terutama sekali hidung. Ini merupakan kumpulan minyak kotor dan cara buang blackhead ini juga dilakukan dengan teliti.

Sudah pelbagai cara termasuk pergi ke pusat rawatan kulit atau ‘facial’ untuk membuang blackhead ini namun masih juga ada di wajah. Jadi, sebagai salah satu langkah paling mudah dan menjimatkan, anda boleh DIY mask buang blackhead dengan hanya menggunakan dua bahan.

Baca juga: Hilangkan Eye Bag Macam ‘Zombie’ Paling Cepat Guna Petua Sudu Sejuk, Hasilnya Wow!

DIY CARA BUANG BLACKHEAD DEKAT HIDUNG

cara buang blackhead

Kita ni mustahil tak ada masalah blackhead dekat hidung kan? Cuma ada yang banyak dan ada yang sikit. Jadi, ada perkongsian rakan tentang cara buang blackhead ini di rumah sampai keluar semua blackhead yang ada!

Berikut merupakan perkongsian cara buang blackhead hanya menggunakan telur putih dan kapas dari Facebook Diyana Othman.

Bahan dia senang sahaja:

-Putih telur

-Kapas/ Cotton wipes

Cara-caranya:

1.Basuh muka dengan bersih dahulu.

2.Ambil kapas muka itu, kita koyakkan bagi nipis.

3.Kemudian sapukan putih telur dekat hidung tetapi diingatkan supaya jangan sampai kering.

4. Cepat-cepat lekatkan kapas tadi tu dekat hidung anda. Biarkan sampai kering, kemudian baru tarik kapas tersebut secara pelahan. Siap dah.

*Makin licin lah hidung anda selepas ni. Selamat mencuba!

Baca juga: Jangan Bazirkan Uncang Teh Hijau Yang Dah Minum, Boleh Guna Untuk Hilangkan Parut!

Sumber: Diyana Othman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×